KUCING memang comel dan manja tapi adakalanya boleh membuatkan dada sesak kerana sikapnya yang diluar jangka termasuklah memanjat dan menjatuhkan barang sehingga pecah. Adakah tindakannya itu secara tidak sengaja atau memang sikapnya yang gemar menolak atau menjatuhkan barang yang ada di hadapannya?ARTIKEL BERKAITAN: Rupa-rupanya ini alasan si bulus suka mengekor tuannya ke bilik air Sebenarnya tindakannya itu bukan disebabkan ia nakal atau tidak suka dengan sesuatu benda dilihatnya sebaliknya kucing mudah berasa teruja dengan benda-bena di sekitar mereka. Harus difahami, si bulus adalah makhluk yang cerdas dan aktif, sebab itu ia suka menjatuhkan barang-barang dari meja dan rak. Perbuatan itu juga boleh disebabkan tiga perkara termauslah; Sudah menjadi sifat kucing yang suka memanjat dan bermain. 1. Kucing gemar memanjat Kucing memang seekor haiwan yang lincah dan ketika ia cuba menjelajah dan memanjat sesuatu tempat, benda yang menghalangnya bukan sahaja menjadi tarikan kepadanya tetapi penghalang. Benda-benda yang menghalangnya boleh membuatkan ia berasa terancam dan menolak atau menjatuhkannya tanpa sengaja. 2. Kucing ingin bermain Jika anda tidak menyediakan alat permainan untuk si bulus, barangan berharga anda mungkin menjadi pertaruhan kerana sifatnya yang lincah dan suka bermain. Jadi bagi mengelakkan barangan berharga anda rosak, sediakan mainan yang sesuai dengannya agar ia tidak tertarik dengan benda lain. 3. Naluri Kucing mempunyai naluri yang cukup kuat selain perasaan ingin tahu yang tinggi. Sekiranya ia memanjat dan menjatuhkan barang anda, ia mungkin disebabkan ada sesuatu yang menarik perhatiannya di tempat itu. Contohnya, ia memburu seekor cicak yang melarikan diri ke arah sebuah almari dan menyelinap dicelah-celah barangan seperti pasu, bingkai gambar dan sebagainya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!