suria

Jangan terkejut... Di sebalik aksi manja dan comel, si bulus terdedah risiko penyakit mental!

kenali tanda-tanda kucing kesayangan anda mengalami masalah mental.

KUCING mungkin haiwan yang comel dan manja tetapi ia juga terdedah kepada penyakit mental dan gangguan perilaku.

Gejala umum penyakit mental pada si bulus termasuklah tertekan, kemurungan dan epilepsi. Ketiga-tiga penyakit mental ini bagaimanapun mempunyai rawatan tertentu mengikut gejalanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bulu kucing gugur mungkin perkara biasa tapi ini penyebabnya!

1. Tekanan

Tekanan pada kucing dapat menyebabkan gangguan serius pada kesihatannya kerana ia mampu mempengaruhi sistem imunisasi tubuhnya selain masalah hilang selera makan, alopecia dan menunjukkan perilaku aneh.

Kucing yang dalam keadaan tertekan boleh menjadi agresif dan menunjukkan perilaku kompulsif serta berulang. Tanda-tanda si bulus kesayangan anda dalam keadaan tertekan adalah;

A. Enggan menggunakan kotak pasir

B. Meninggalkan tanda (najis) pada perabot atau ruang di dalam rumah

C. Hiperaktif

D. Mengiau tanpa henti

E. Peningkatan atau penurunan menjaga tubuhnya - seperti menjilat tubuhnya secara berlebihan sehingga luka atau dikenali sebagai psychogenic alopecia.

Beberapa penyebab biasa kucing menjadi tertekan adalah perubahan rutin mereka, kehadiran haiwan lain dalam 'kawasannya' atau persekitaran yang tidak sihat

2. Kemurungan

Kemurungan adalah penyakit mental yang sering diabaikan oleh pemilik kucing. Kucing adalah haiwan yang sangat sensitif dan perubahan yang berlaku di sekitarnya dapat mempengaruhi kehidupannya.

Gejala kemurungan pada kucing termasuklah;

A. Tidur lebih lama daripada kebiasaan

B. Hilang minat terhadap perkara di sekelilingnya (permainan, pemiliknya)

C. Berhenti menjaga dirinya

D. Enggan menggunakan kotak pasir

E. Sukar difahami kehendaknya

F. Mudah tersinggung

Jika terdapat tanda-tanda ini, sebaik-baiknya bawa kucing anda berjumpa dengan doktor veterinar

3. Epilepsi

Epilepsi adalah kelainan neurologi yang menghasilkan gejala kekejangan bersifat sementara. Kekejangan tidak selalu serupa dengan epilepsi, kerana ia dapat muncul akibat penyakit endokrin, metabolik, atau kardiovaskular. Berikut beberapa penyebab epilepsi pada kucing.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

A. Feline Leukemia Virus (FeLV)

B. Feline Immunodeficiency Virus (FIV)

C. Toksoplasmosis

D. Tumor

E. Malformasi

Serangan epilepsi biasanya tidak lama hanya sekitar seminit kemudian selepas ia reda, kucing dilihat pulih seperti biasa malah ada di antaranya meneruskan bermain atau makan.

Bagaimanapun, sekiranya pemilik pernah melihat keadaan itu, jangan dibiarkan sebaliknya bawa si bulus berjumpa doktor bagi melakukan pemeriksaan neurologi.

Epilepsi tidak akan sembuh sebaliknya ubat-ubatan dapat membantu mengurangkan serangan kekejangan dan memberi kualiti hidup lebih baik pad kucing anda.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain