suria

Kulit limau jangan dibuang, ada gunanya untuk bersihkan macam-macam di rumah anda

Kulit limau mempunyai pelbagai kegunaan untuk membersihkan rumah anda.

LIMAU antara buah paling popular di dunia yang memiliki rasa manis dan masam serta kaya dengan pelbagai nutrisi seperti vitamin C, kalsium, serat, karbohidrat dan antioksidan.

Kandungan ini dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga kesihatan kulit, menurunkan kolesterol, melancarkan penghadaman serta menguatkan tulang dan gigi.

ARTIKEL BERKAITAN: Air kelapa memang sedap dan menyegarkan tapi ada sebab ia perlu segera diminum selepas dikupas

Tapi kulitnya juga mempunyai pelbagai manfaat termasuk bagi membersihkan rumah anda. Berikut adalah kelebihan kulit limau untuk membersihkan kediaman anda.

1. Membersihkan besi dan keluli

Minyak semula jadi yang terhasil dalam kulit jeruk sangat bagus untuk menghilangkan kotoran dan memberi kilauan pada material besi atau keluli.

Caranya mudah, hanya gosokkan kulit limau pada paip air atau bahan besi yang lain dan bilas dengan air. Selain memberi kilauan, minyak pada kulit limau dapat membantu barangan kekuli anda tahan karat.

2. Hilangkan bau busuk peti ais

Peti ais akan mengeluarkan bau kurang enak memandangkan kita menyimpan pelbagai makanan di dalamnya. Untuk menghilangkan bau itu, kulit limau dapat membantu.

Caranya potong kulit limau menjadi kecil dan campurkan dengan baking soda dalam mangkuk. Letakkan mangkuk itu di dalam peti ais.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kulit limau akan bertindak sebagai pewangi semula jadi serta menjaga kualiti udara di dalamnya tetap segar.



Kulit limau boleh digunakan untuk membersihkan lantai rumah.

3. Bersihkan lantai

Menggunakan cuka putih sebagai bahan larutan membersihkan lantai memang bagus tetapi ia akan meninggalakan bau menyengat. Bagi mengelakkan perkara itu, campurkan kulit limau dalam larutan cuka.

Ia membantu mengurangkan bau tajam cuka dan menambah daya pembersih kerana ia mengandungi asid sitrit. Larutan ini sangat sesuai digunakan untuk membersihkan sisa sabun yang melekat pada lantai bilik air.

4. Membersihkan microwave

Selain peti sejuk, kulit limau juga mampu membersihkan microwave anda. Caranya, masukkan kulit limau ke dalam mangkuk berisi air, lalu letakkan dalam alat tersebut selama dua minit.

Kulit limau tidak hanya menghilangkan bau tetapi menanggalkan sisa makanan yang melekat dalam microwave.

5. Menghalau nyamuk dan serangga

Nyamuk dan serangga kecil lain tidak suka dengan bau limau. Untuk itu, anda boleh menggunakannya sebagai ubat membasmi serangga dalam rumah terutamanya bahagian dapur.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain