suria

Kita melambai tangan sebelum akhiri perbualan video, kenapa ya?

Kita biasanya akan melambaikan tangan sebelum mengakhiri sesuatu pertemuan secara sidang video.

PERASAN tak setiap kali ingin menamatkan sesuatu panggilan video, kita pasti akan melambaikan tangan sebagai tanda mengucapkan selamat tinggal.

Paling pelik, respons itu berlaku secara tidak disedari selain kita akan memberikan senyuman sebelum mematikan panggilan.

ARTIKEL BERKAITAN: Apa akan jadi pada semua data digital kita selepas meninggal dunia? Kajian ini mungkin ada jawabnya!

Bagaimanapun menurut pakar psikologi, melambaikan tangan sebelum mematikan panggilan video adalah perkara yang baik.

Ia dapat menandakan bahawa norma baharu yang kita jalani sepanjang 14 bulan lalu tidak mengubah cara kita bersosial dan menghormati orang lain meskipun secara virtual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Pakar bahasa tubuh, Patti Wood menjelaskan ada beberapa sebab mengapa kita bertindak sedemikian termasuk lambaikan tangan mampu mengirimkan signal jelas dan sopan selain hormat.



Menurut pakar bahasa tubuh, melambai tangan adalah satu bentuk hormat kita pada orang lain.

"Bayangkan ada orang lain dalam panggilan itu yang tidak dapat mendengar suara kita, setidak-tidaknya mereka masih boleh melihat kita dan lambaian itu adalah tanda penutup perbualan secara virtual.

"Lambaian tidak hanya menutup sesuatu perkara, tetapi ia merupakan tanda kita menghargai dan menghormati orang lain," katanya.

Sementara itu, Patti memberitahu lambaian tangan menerusi panggilan video dapat menggantikan interaksi tertentu terutamanya ketika musim pandemik.

Malah ia boleh menggantikan amalan berjabat tangan yang sudah agak lama ditinggalkan ekoran usaha mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan masyarakat.

"Jika kita lihat, dalam pertemuan nyata juga, orang sudah tidak mahu berjabat tangan kerana bimbang dengan virus atau kuman.

"Malah melambai tangan juga sudah menjadi pengganti bersalaman bukan sahaja menerusi virtual tetapi ketika bertemu secara bersemuka," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain