suria

Apa akan jadi pada semua data digital kita selepas meninggal dunia? Kajian ini mungkin ada jawabnya!

13 daripada 20 peserta kajian menyukai idea The Box of Data.

PERNAH anda terfikir apa akan terjadi kepada semua data digital kita selepas kematian kita nanti?

Penyelidik komputer Kanada telah menghasilkan 12 konsep yang membolehkan kita menghantar maklumat peribadi ini kepada keluarga terdekat dengan bantuan alat inovatif berdasarkan kehendak dan privasi.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua sahabat bangun aplikasi tempahan cuci kereta, bukan hanya mudahkan pengguna tapi bantu peniaga cari rezeki ketika pandemik

Data digital menjadi semakin penting dalam masyarakat. Bagaimanapun, ia penting ketika kita masih hidup dan menjadi tidak berguna selepas kematian kita kecuali untuk keluarga.

Kajian awal mendapati adalah penting untuk menyediakan data digital sebelum seseorang itu meninggal dunia meskipun prosesnya merumitkan.

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Universiti British Columbia, Kanada, baru-baru ini meneliti 12 konsep hipotesis mengenai kaedah dan bentuk yang mungkin membolehkan anak-anak mewarisi data digital ibu bapa mereka.

Penyelidik membentangkan konsep ini kepada 20 koresponden (berumur 18 hingga 81 tahun) dan bertanya pendapat mereka tentang cadangan dan kajian tersebut.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

The Box of Data, Memory Swipe, Blast from the Past dan Generation Cloud adalah antara beberapa kaedah dan konsep yang dapat digunakan untuk membolehkan si mati mewariskan data digital mereka kepada generasi berikutnya.

Mengambil contoh The Box of Data, ia bertujuan untuk berkongsi senarai 10 lagu kegemaran atau poskad 10 tempat paling kerap dikunjungi ketika seseorang itu masih hidup.

Tidak seperti idea lain, konsep ini adalah satu-satunya yang menawarkan kandungan fizikal malah 13 daripada 20 peserta menyukai idea tersebut.

Data tidak mewakili keseluruhan individu

Konsep lain yang diterima baik adalah Generation Cloud yang membolehkan seseorang menyimpan memori, foto, perjalanan, lagu, maklumat penting seperti informasi tentang keluarga dan diri sendiri.

Ia adalah konsep paling popular (disukai oleh 15 daripada 20 orang) dan peserta menilai kemampuannya untuk menjalinkan hubungan peribadi dengan sejarah keluarga.

Di antara 12 konsep itu, salah satu idea, iaitu Blast from the Past tidak diterima baik oleh semua koresponden dan menganggap ia boleh mengganggu emosi keluarga dan menyeramkan.

Konsep itu mengusulkan untuk membuat replika si mati yang dikuasakan oleh AI dan berdasarkan kepada semua data yang ada. Dengan menggunakan alat VR, ahli keluarga boleh berinteraksi dengan si mati.

"Ini bukan caranya untuk mengingati seseorang," katanya seorang koresponden yang berusia 57 tahun.

Reaksi ini menunjukkan kepada pasukan penyelidik bahawa masyarakat masih belum bersedia mengingati keluarga yang sudah meninggal dunia melalui medium teknologi.

Bagaimanapun peserta merasakan bahawa menyiapkan data untuk menjangkakan kematian adalah penting untuk dipertimbangkan. - AFP Relax News

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain