suria

Bulu kucing gugur mungkin perkara biasa tapi ini penyebabnya!

Masalah bulu kucing yang gugur adalah perkara biasa tetapi ada sebab mengapa ia berlaku.

RAMAI menganggap bulu kucing gugur atau lebih dikenali sebagai alopecia adalah masalah biasa yang berlaku pada si bulus.

Ada di antaranya mengalami keguguran biasa, ada pula semakin memburuk sehingga sebahagian badannya botak akibat bulu yang gugur.

Terdapat pelbagai faktor perkara ini berlaku namun ia boleh dirawat dan dicegah dengan rawatan yang betul. Apa punca ia berlaku?

1. Keadaan kesihatan kucing

Ketidakseimbangan hormon seperti hipertiroidisme atau peningkatan kadar steroid dalam tubuh, dapat menyebabkan bulu kucing gugur.

Penyebab lain biasanya disebabkan elergi kulit atau reaksi terhadap elergi. Selain bulu gugur, tanda lain alopecia adalah kucing anda menjadi pemarah, terdapat benjolan pada kulit dan muncul kurap.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ini adalah tanda jelas, si bulus mengalami masalah kulit selain parasit seperti kutu, tungau yang menyebabkan kegatalan dan keradangan sehingga bulunya gugur.



Masalah emosi boleh menyebabkan keguguran bulu kucing.

2. Masalah emosi

Gangguan saraf yang memberi kesan kepada perilaku kucing seperti menjilat tubuh secara berlebihan dapat menyebabkan masalah bulu gugur.

Perilaku itu mungkin disebabkan berlaku gangguan emosi sehingga boleh menyebabkan tekanan dan memberi kesan kepada bulunya. Bagaimanapun dengan ubat-ubatan tertentu, masalah itu dapat diatasi.

3. Kesakitan fizikal

Sakit yang ditanggung kucing dapat menjadi penyebab lain masalah bulu gugur yang mungkin puncanya kerana rasa sakit pada otot atau sendi di bawah kulit.

Untuk meredakan rasa sakit, kucing akan menjilat bahagian yang terkesan dan bulu gugur merupakan kesan sampingan perbuatannya itu.

Cara mencegah

Jika anda memerhatikan kucing yang sedang mengigit atau menarik bulunya, bawa ia melakukan pemeriksaan menyeluruh pada kulit dan bulunya ke doktor haiwan.

Selain itu, gunakan sikat bergigi rapat untuk menyikat bulunya untuk melihat sama ada terdapat benda asing pada bulunya seperti kutu.

Jika anda melihat si bulus kerap menggaru di sesuatu bahagian tertentu, periksa untuk mengenal pasti sebarang masalah.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain