suria

Bukan semua pelajar dapat balik kampung, UPSI wujudkan suasana beraya di kampus

Petugas sukarelawan menyusun makanan dalam bekas yang siap dibungkus.

MESKIPUN kerajaan membenarkan pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) untuk pulang ke rumah masing-masing sempena cuti Hari Raya Aildilfitri namun ada juga yang terpaksa beraya di kampus.

Sehubungan itu, sempena kedatangan 1 Syawal khamis lalu, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengambil inisiatif meraikan sambutan hari lebaran dengan menyediakan makanan kepada mahasiswa-mahasiswa pada pagi raya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga sejak hari pertama di universiti, pelajar bawa sahabat ada masalah penglihatan balik kampung... tak sanggup biar beraya seorang diri di kampus

Seramai 1398 orang mahasiswa termasuk pelajar-pelajar tahun akhir, pelajar-pelajar antarabangsa serta pelajar-pelajar pasca siswazah yang tidak dapat pulang beraya ke kampung halaman diraikan dengan menerima juadah lazat seperti sate, nasi hujan panas serta kuih muih yang dibungkus dan diagihkan di kawasan sekitar kampus.



SOP tetap dijaga bagi memastikan semua berada dalam keadaan selamat.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA), Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff yang mengetuai misi pengagihan juadah raya berkata, usaha dilaksanakan UPSI merupakan salah satu inisiatif universiti cakna terhadap kebajikan warganya yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

“Kita akur dengan keputusan pihak kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah diumumkan bermula 12 Mei hingga 7 Jun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Walaupun universiti telah menguruskan sebahagian pelajar pulang kediaman masing-masing sejak 7 Mei yang lalu, bagaimanapun terdapat sejumlah pelajar yang masih berada di kampus tetap diraikan agar mereka dapat merasai nikmat hari raya sungguh pun jauh dari keluarga, ” jelasnya.

Seramai 36 orang sukarelawan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Majlis Mahasiswa Kolej (MMK) serta empat orang pegawai pengurusan turut serta membantu mengagihkan makanan melalui penyerahan kepada pengetua-pengetua dan felo-felo kolej kediaman termasuklah Unit Kediaman Luar Kampus (UKLK).



Penyerahan makanan kepada Felo Zon Unit Kediaman Luar Kampus oleh TNC HEPA.

Menurut Yang Dipertua MPP UPSI, Nur Shafiq Iqwan Shafiruddin, misi pengagihan makanan juadah hari raya ini merupakan pengalaman unik dan amat berharga buat seluruh sukarelawan yang mungkin sukar dilupakan sepanjang hayat mereka.

“Dua tahun ini penuh dengan cabaran, bagaimanapun banyak yang kami pelajari. Saya berharap agar mahasiswa-mahasiswi UPSI tetap tabah dan gembira di saat sahabat-sahabat yang lain sedang meraikan Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman.

"Jadikan pengorbanan ini sebagai satu titik permulaan agar kita semua dapat mendepani dugaan dan cabaran yang akan mendatang kelak, ” tambahnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain