suria

Kenali 5 tanda anda mungkin obses dengan pasangan

Terdapat pelbagai tanda yang mungkin menunjukkan anda obses terhadap pasangan.

JATUH cinta akan membuatkan seseorang berada diawang-awangan sehingga ada yang tidak boleh hidup tanpa pasangannya namun terdapat garisan berbeza di antara tertarik dengan obses.

Ketika seseorang mula berasa obses golongan ini biasanya banyak menghabiskan tenaga dengan memberi fokus kepada pasangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan mudah tertipu... Kenali 5 tanda pasangan anda kaki kelentong!

Seseorang itu akan sentiasa berfikir tentangnya sepanjang masa dan kehidupan berkisar disekeliling pasangan tanpa memperdulikan diri sendiri dan orang disekeliling.

Ada beberapa tanda untuk mengetahui sama ada seseorang itu obses dengan pasangannya.

1. Sembunyi perasaan sendiri

Setiap orang ada perasaan, personaliti dan pandangannya yang tersendiri namun golongan yang obses terhadap pasangannya lebih cenderung menyembunyikan perasaannya sendiri.

Biasanya, golongan ini akan berasa lebih yakin apabila bersama pasangan dan cuba menampilkan sisi terbaik di hadapannya.



Ada lima ciri seseorang obses terhadap pasangannya.

2. Lebih memandang luaran

Obses terhadap seseorang boleh disebabkan kerana taksub dengan kualiti luaran pasangan sehingga tidak mahu mengakui kelemahan dalaman yang ada padanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Apabila sudah taksub dengan pasangan, segala keburukan pasangan ditutup sebelah mata dan hanya mahu melihat apa yang ingin dipercayai.

3. Menjauhi orang lain

Ketika seseorang sudah mula obses dengan pasangan, ramai yang mula menghindari kawan-kawan serta orang terdekat.

Ini kerana pasangan telah menjadi keutamaan lebih daripada sesiapa pun meskipun si dia tidak pernah memaksa berbuat demikian.

4. Ya, tiada tidak

Sekiranya seseorang mudah bersetuju dengan pasangan tentang perancangan spontan meskipun telah mempunyai hal lain, ia petanda obses terhadap pasangan.

Ini kerana, individu tersebut telah membina 'penjara' yang hanya diabadikan untuk pasangannya sahaja.

5. Tidak pernah marah si dia

Tanda obses terhadap pasangan adalah apabila seseorang itu tidak pernah marah atau bertengkar dengan pasangannya.

Individu ini sebenarnya mengelak pertengkaran kerana takut akan berlaku pergaduhan besar yang menyebabkan dirinya ditinggalkan.

Obsesi berlebihan terhadap pasangan tidak sihat kerana ia membuatkan seseorang lebih mudah menyembunyikan perasaan sebenar dan lebih banyak memendam rasa dan boleh menyebabkan kebencian di kemudian hari.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain