suria

Lembutkan tuala selepas diuci dengan 4 cara mudah, hanya guna bahan di dapur

Terdapat empat cara yang boleh membantu menjaga kelembutan tuala mandi anda.

TUALA mandi yang lembut boleh menjadi keras dan kasar selepas dicuci. Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan keadaan itu berlaku.

Ini termasuklah penggunaan bahan cuci yang tidak sesuai, mencuci menggunakan air sejuk serta mengeringkan tuala di bawah sinaran matahari yang terik.

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup seminggu... ini yang berlaku pada tuala yang tidak dicuci!

Ada pelbagai cara yang oleh dilakukan untuk melembutkan tekstur tuala mandi anda menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur.

1. Cuka putih

Pelembut pakaian memang akan melembutkan cucian selain mewangikan tuala tetapi seiring dengan waktu, bahan kimia di dalamnya akan mengurangkan daya serap tuala selain membuatkan permukaannya menjadi kasar.

Untuk mengelakkan perkara ini, cuci tuala anda seperti biasa dan tambahkan sesudu makan cuka putih pada bilasan terakhir cucian.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Asid dalam cuka akan melembutkan fabrik sekali gus menghilangkan bahan kimia berlebihan yang tidak diinginkan. Kaedah ini perlu diulangi beberapa kali.

2. Natrium bikarbonat

Di sesetengah negara, air yang disalurkan memiliki kandungan mineral yang tinggi. Meskipun tidak berbahaya kepada manusia tetapi ia boleh menyebabkan masalah seperti air menjadi kotor, kotoran mudah melekat pada pakaian yang dicuci selain cucian menjadi keras.

Untuk melembutkan pakaian yang dicuci, tuang sesudu makan natrium bikarbonat dan dua liter air dalam bekas besar. Larutkan bahan tersebut sebelum mencampuran bahan pencuci sebelum merendam pakaian di dalamnya.

3. Cara kering pakaian

Menggantung tuala di kawasan terbuka di bawah sinaran cahaya matahari adalah paling mudah untuk mengeringkan cucian tetapi ia boleh membuatkan tuala menjadi keras dan kasar.

Bagi mengelakkan ia berlaku, gunakan penyepit untuk menggantung tuala di ampaian pada bahagian bucu tuala.

4. Air panas dan baking soda

Paparan berulang kali terhadap pelbagai bahan cucian boleh merosakkan tuala anda selain ia menjadi keras dan kasar.

Bagi mencegahnya ia cepat rosak, rendam tuala dalam air suam dan satu sudu makan serbuk baking soda dan direndam selama sejam sebelum dicuci seperti biasa dalam mesin basuh.

Penggunaan dua bahan itu bukan sahaja lebih efektif mengeluarkan kotoran pada tuala tetapi menjadikan ia lembut serta tidak mudah rosak.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain