suria

Jangan terkejut! Bukan sekadar bersihkan rumah, ada 5 manfaat lain jika anda buang barang tak berguna

Mengemas, menyusun barang-barang di rumah boleh memberi kesan positif kepada diri.

BUKAN mudah sebenarnya membuang barang-barang yang sudah tidak diperlukan kerana ada di antara kita yang berpegang kepada memori kepada sesuatu benda.

Sebenarnya, tindakan itu boleh memberi pelbagai manfaat kepada individu termasuk ketenangan dan meningkatkan kualiti kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Bil melambung sepanjang 'lockdown'... TNB senarai 9 tip jimat elektrik

Apatah lagi ketika musim lockdown, ini adalah waktu terbaik untuk menguruskan kembali semua barangan di dalam rumah dan mungkin ada di antara barangan itu boleh didermakan kepada golongan memerlukan.

Apa manfaat membuang barang-barang yang sudah tidak digunakan kepada diri anda?

1. Meningkatkan kualiti tidur

Kajian membuktikan ruang di bilik tidur yang tenang tanpa barang yang berselerak membantu tidur seseorang lebih nyenyak.

Kekacauan 'visual' dalam sesuatu ruang dapat menyebabkan perasaan tidak tenang, kacau dan meningkatkan tekanan.

Dalam suasana itu, otak sukar untuk berehat dan ia terus menerus dirangsang.

2. Mencegah elergi

Apabila sesuatu ruang itu dipenuhi barang maka lebih mudah debu dan kotoran akan melekat padanya. Oleh sebab itu, pastikan untuk membuang barang-barang yang tidak diperlukan.

Proses itu tidak hanya membersihkan rumah tetapi memudahkan kerja mengemas.

3. Menajamkan fikiran

Rumah yang bersihkan akan meningkatkan daya kognitif dan pemecahan masalah. Dalam kata lain ia mampu membuatkan seseorang lebih fokus dan mudah membuat keputusan apabila timbulnya sesuatu masalah.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Memberi tenanga

Ketika anda mengemas rumah dan memilih barang-barang untuk dibuang atau didermakan, anda sekaligus sudah mengaktifkan otak dan tubuh.

Ini kerana dalam proses itu anda harus berfikiran logik tentang apa yang perlu disimpan dan sebaliknya.

5. Memberi ketenangan

Gerakan fizikal selain fokus terhadap proses itu sebenarnya dapat membantu anda berasa tenang apatah lagi selepas melihat hasilnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain