suria

Sukar dikesan, ini cara-cara mengenali jika haiwan peliharaan anda dipatuk ular

Ada beberapa gejala yang menunjukkan kucing anda dipatuk ular.

HAIWAN peliharaan seperti anjing dan kucing sering terdedah kepada bahaya termasuk gigitan ular berbisa ketika ia bermain di halaman rumah.

Sebagai pemilik adalah amat penting untuk mengetahui gejala ditunjukkan sekiranya haiwan peliharaan anda dipatuk ular sekaligus menyelamatkan nyawanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lena ke pengsan? Ini 5 sebab kenapa kucing anda tidur lebih lama dari biasa

Nyawanya bergantung kepada patukan ular, lokasi, jumlah racun yang masuk ke dalam badannya selain seberapa pantas ia mendapatkan rawatan.

Kebiasaannya, haiwan peliharaan yang dipatuk ular akan menunjukkan gejala seperti kekejangan, kesukaran bernafas dan kerdipan mata, kehilangan kawalan membuang air kecil dan besar, muntah-muntah, lumpuh serta air liurnya meleleh.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ular biasanya akan mematuk pada bahagian sekitar kepala, leher dan kaki depan tetapi bekas patukan sukar dilihat.

Patukan ular sukar dilihat kerana taringnya yang kecil dan faktor badan haiwan yang berbulu menyukarkan mengesan patukan itu.

Apa perlu dilakukan?

Jika kucing anda menunjukkan tanda-tanda tersebut, sebaik-baiknya segera membawanya berjumpa doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan anti-bisa ular.

Pemilik perlu berhati-hati ketika mengendongnya dan jangan biarkan haiwan banyak bergerak kerana ia boleh meningkatkan peluangnya untuk bertahan lebih lama.

Proses pemulihan biasanya mengambil masa sekitar dua hari selepas diberi rawatan anti-bisa ular, bergantung kepada keadaannya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain