suria

Ada masalah sukar tidur? Cuba tukar cadar kepada 4 warna ini

Cadar berwarna kelabu dapat memberikan ketenangan ketika tidur.

SAMA seperti dinding bilik, warna cadar juga boleh mempengaruhi psikologi dan kualiti tidur terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah insomnia.

Atas sebab itu, pemilihan cadar juga sangat penting termasuk fabrik, warna termasuklah corak kerana corak yang terlalu banyak boleh membebankan mata dan mengalihkan perhatian ketika hendak tidur.

ARTIKEL BERKAITAN: Perlukah basuh dulu cadar yang baru dibeli atau boleh terus guna?

Berikut adalah beberapa jenis warna cadar yang dapat membantu anda tidur dengan lebih baik.

bed-sheets-1

1. Putih

Apabila ragu-ragu, pilih cadar berwarna putih kerana ia mampu memberikan kesan tenang dan bersih. Ia juga membuatkan katil anda kelihatan tidak serabut tetapi menonjol.

Grey

2. Kelabu

Cadar berwarna kelabu dapat disesuaikan dengan pelbagai jenis gaya dan tetap menonjol. Ia dapat memberi ketenangan sebelum tidur selain ia pilihan lebih baik dalam menyembunyikan sebarang kekotoran pada cadar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Warna Cadar

3. Krim

Cadar berwarna krim boleh menerbitkan rasa kasual berbanding putih dan kelabu kerana rona ini dapat mewujudkan rasa santai dan tak lekang dek waktu. Ia adalah pilihan paling sempurna untuk anak-anak tidak kira jantina.

91DcWex61KL_1024x1024@2x

4. Biru tua

Selain dapat menyembunyikan kotoran yang menempel pada cadar, biru tua juga boleh memberikan gaya kepada katil anda. Ia merupakan pilihan terbaik kerana rona itu adalah simbol air, langit, bunga dan sifat alam yang lain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain