suria

Ambil peluang duduk di rumah... Ada 5 tip mendidik anak-anak berdikari ketika pandemik

Kanak-kanak perlu dididik untuk berdikari sejak kecil agar dapat membentuk keperibadiannya.

SEIRING peningkatan usia anak-anak, sebagai ibu bapa pasti mahu melihat mereka belajar berdikari dan boleh menguruskan diri sendiri tanpa sebarang bantuan.

Apatah lagi ketika pandemik ini, anak-anak lebih banyak bergantung kepada ibu bapa memandangkan kita perlu duduk di rumah ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Malas mengemas rumah ketika PKP? Cuba 5 cara ini... pasti anda kembali bersemangat!

Apabila ibu bapa berada di depan mata, anak-anak lebih bergantung dan menunjukkan sikap manja bagi melakukan sesuatu.

Sebenarnya, inilah waktu terbaik bagi ibu bapa yang ingin mendisiplinkan dan memupuk sikap berdikari dalam diri anak-anak agar dapat membantu peribadi mereka.

Terdapat beberapa kaedah yang boleh dimulakan sebagai langkah awal mendidik anak-anak lebih berdikari, termasuklah;

Rutin

1. Siapkan jadual

Memandangkan ketika ini kita semua perlu duduk dirumah, apa kata buat jadual perkara yang perlu dilakukan anak-anak seperti waktu bangun tidur, mandi, mengemas bilik, belajar dan sebagainya.

Jadual mungkin boleh membuatkan anak-anak berasa tertekan, jadi ibu bapa boleh memainkan peranan untuk menjelaskan sebab dan tujuan jadual itu dibuat.

Buat Sendiri

2. Jangan harapkan kesempurnaan

Anak-anak yang masih melatih kemahiran mereka biasanya melakukan sesuatu dengan adanya cacat cela seperti menumpahkan air yang ingin dituang dan sebagainya.

Jika mereka melakukan kesalahan, cuba untuk tidak memarahi atau mengkritik mereka. Sebaliknya, tunjukkan cara yang tepat melakukan sesuatu dan jelaskan bahawa setiap orang akan melakukan kesalahan.

Basuh Pinggan

3. Berikan waktu

Kanak-kanak biasanya memerlukan waktu untuk menyesuaikan diri terhadap sesuatu perkara baharu, jadi berikan mereka tempoh dan jangan bandingkan tahap mereka dengan orang dewasa.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Jika mereka dipaksa atau dimarahi, ia boleh mendatangkan tekanan dan objektif untuk membolehkan mereka berdikari akan gagal.

Ibu Bapa Bantu

4. Rutin

Kanak-kanak memerlukan rutin untuk melakukan tugas mereka. Jika jadual yang dibuat sentiasa berubah, mereka akan menjadi bingung dan hilang minat.

Sebaik-baiknya, tetapkan rutin untuk satu tempoh tertentu dan lihat perkembangan mereka sebelum menukarnya.

Puji

5. Beri pujian

Kanak-kanak akan berasa seronok jika mendapat pujian atas apa mereka lakukan. Jadi berikan kata-kata yang menyeronokkan hati mereka apabila anak-anak berjaya menyelesaikan sesuatu perkara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain