suria

Perlukah basuh dulu cadar yang baru dibeli atau boleh terus guna?

Sebaik-baiknya cadar baru dibeli dicuci terlebih dahulu sebelum digunakan.

HARUSKAH kita mencuci cadar yang baru dibeli sebelum menggunakannya? Perkara ini menjadi persoalan ramai yang keliru sama ada ia perlu dicuci atau pun tidak.

Sebenarnya mencuci cadar baharu terlebih dahulu sebelum menggunakannya adalah idea paling baik meskipun ia baharu, bersih dan boleh terus digunakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Usah dibuang! Hampas kopi ada sekurang-kurangnya 8 manfaat yang perlu anda tahu

Tetapi kenyataannya, ramai mengalami rasa gatal dan tidak selesa tidur di atas cadar baharu yang tidak dicuci terlebih dahulu.

Menurut pakar dekorasi, Nomi Dale Kleinman, ramai tidak menyedari penghasilan cadar perlu melalui banyak proses yang membuatkan ia sebenarnya kotor meskipun nampak segar dan bersih.



Mencuci cadar yang baru dibeli dapat membunuh kuman yang mungkin melekat padanya.

"Kita tidak tahu apa benda yang melekat pada fabrik sepanjang proses pembuatannya. Jadi adalah lebih baik ia dicuci bagi mengelak sebarang kemungkinan dan masalah kesihatan," katanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kesan cadar baharu tidak dicuci terlebih dahulu

Sebahagian orang mungkin mengatakan ia tidak meninggalkan apa-apa kesan terhadap diri mereka namun bagi individu memiliki kulit sensitif, sisa-sisa bahan kimia pada fabrik boleh menyebabkan kegatalan dan iritasi pada kulit.

Jika tidak dicuci, paparan terhadap formaldehida yang masih terdapat pada cadar boleh menyebabkan kegatalan.

Malah menghidu zat kimia daripada cadar juga boleh menyebabkan masalah pernafasan seperti batuk dan tekak menjadi gatal.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain