PEMILIK kucing pasti perasan perilaku si bulus yang unik dan luar biasa. Beberapa perilaku itu biasanya berkaitan dengan keinginannya untuk selalu berada dekat dengan tuannya. Salah satunya adalah kucing akan menunggu di depan pintu bilik air ketika tuannya sedang mandi. Kucing akan berada di depan pintu dan menunggu di situ sehingga tuannya keluar.ARTIKEL BERKAITAN: Comel kalau si bulus bersin... jangan pandang ringan, mungkin kucing kesayangan alami jangkitan Apa sebenarnya sebab kucing menunggu tuannya di depan pintu bilik air? Salah satunya sebabnya ada hubung kait dengan keperibadian kucing. "Kucing yang penyayang mahu sentiasa berada dekat dengan pemiliknya tidak kira di mana juga mereka berada," kata doktor veterinar, Dr Dwight Alleyne. Antara alasan lain kucing mahu perhatian daripada tuannya. Jelasnya kucing yang mendapat perhatian sepenuhnya daripada pemiliknya tidak akan faham bahawa bilik air adalah tempat privasi dan akan berkeras untuk mengikut tuannya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Alasan lain - ia berkaitan dengan rasa ingin tahu mereka. Kucing pada dasarnya bersifat teritorial, jadi ketika mereka dihalang daripada mendekati sesuatu tempat tertentu di dalam rumah, ia menimbulkan rasa ingin tahu. "Saat tuannya masuk ke dalam bilik air, kucing akan berasa gelisah mengapa ia tidak dibenarkan masuk, apatah lagi pintu ditutup," katanya. Dr Dwight menambah, antara alasan lain si bulus berbuat demikian adalah kerana ia mahu menarik perhatian tuannya dengan cara apa sekali pun. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!