suria

Usah dibuang! Hampas kopi ada sekurang-kurangnya 8 manfaat yang perlu anda tahu

Hampas kopi mempunyai pelbagai kegunaan lain.

RAMAI yang tidak tahu bahawa hampas kopi mempunyai pelbagai kegunaan yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

Jadi sebaik-baiknya, jangan buang hampas kopi sebaliknya simpan dalam bekas khas mana tahu ia boleh digunakan ketika ia diperlukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai cuba berkebun ketika pandemik tapi tanaman mati... Ketahui 5 puncanya!

Berikut adalah lapan manfaat hampas kopi dalam kehidupan seharian;

1. Bau hamis pada tangan

Bagi para ibu yang setiap hari memegang makanan mentah seperti ayam, ikan, daging dan sebagainya - tangan biasanya pasti akan meninggalkan bau hanyir atau hamis.

Tetapi tahukah anda, hampas kopi mampu menghilangkan bau busuk itu dengan menggosok tangan dengannya sebelum dicuci dengan sabun dan air bersih.

2. Selesaikan sinki berbau

Sinki dapur biasanya akan mengeluarkan bau kurang enak terutamanya pada bahagian salurannya. Bagi menghilangkan bau itu, anda hanya perlu menuangkan serbuk kopi ke dalam saluran itu.

Siramkan dengan air suam dan rasai hasilnya!

3. Perabot kayu seperti baharu!

Bagi yang mempunyai perabot kayu di rumah yang sudah kelihatan kusam, maka manfaatkan hampas kopi bagi mengembalikan kecantikan kayu.

Gosokkan hampas kopi ke permukaan perabot dengan lembut dan bersihkan dengan menggunakan kain lembap dan lihat perubahannya.

Tidak hanya itu, hampas kopi juga mampu menghilangkan kesan calar pada kayu.

4. Mengilatkan kuali

Kuali yang sukar dibersihkan boleh diselesaikan dengan menggosoknya dengan hampas kopi. Tempelkan serbuk kopi pada bahagian yang sukar dibersihkan, biar seketika.

Kemudian sental seperti biasa menggunakan span dan bilas dengan air.

5. Pewangi rumah

Siapa sangka hampas kopi boleh menjadi pewangi rumah? Caranya mudah, letakkan serbuk kopi dalam bekas terbuka dan letakkan di dapur atau ruang tamu - ia akan memberikan aroma harum seperti berada di kedai kopi kegemaran anda!

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

6. Menyedut bau busuk peti ais

Peti ais antara tempat yang mengeluarkan bau kerana kita menyimpan pelbagai jenis makanan di dalamnya. Cara nak hilangkan bau itucukup mudah, letakkan hampas kopi dalam peti ais dan biarkan selama beberapa jam.

Aroma kuat hampas kopi mampu membantu meneutralkan dan menyerap bau busuk peti ais anda.

7. Membersihkan minyak pada tangan

Ketika memasak atau membasuh pinggan, pasti tangan akan berasa berminyak - selain sabun, hampas kopi juga mampu menyerap minyak yang melekat pada tangan.

Enzim dalam kopi membantu memecahkan lemak, sehingga ia lebih mudah tertanggal daripada tangan anda.

8. Baja tanaman

Bagi menjimatkan bajet, hampas kopi juga boleh digunakan sebagai baja tanaman kerana ia mempunyai nutrisi seperti kalsium, nitrogen, magnesium dan kromium.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain