suria

Bukan sahaja putihkan gigi anda, tapi ubat gigi boleh kilatkan 5 benda ini!

Ubat gigi mempunyai pelbagai kegunaan.

UBAT gigi digunakan setiap hari untuk membersihkan dan memutihkan gigi anda. Namun, kegunaannya tidak hanya terhenti di situ.

Sebaliknya ubat gigi juga boleh digunakan untuk membersihkan banyak benda di dalam rumah kita.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke air rebusan mi segera perlu ditapis dua kali? Ini fakta yang anda perlu tahu

Ini kerana ubat gigi bersifat abrasif yang membuatkan ia bagus untuk menggosok kotoran yang degil tapi cukup lembut sehingga tidak akan meninggalkan kesan pada permukaan halus.

Selain itu, formulasi ubat gigi sebagai pemutih membuatkan ia lebih efektif dalam menghilangkan kotoran.

1. Kasut kulit

Jika terdapat kotoran yang melekat pada kasut kulit anda, campurkan sedikit ubat gigi bersama baking soda dan air. Gunakan berus gigi untuk menggosok pada permukaan terkena kotoran. Lap dengan kain lembap dan keringkan.

2. Tikar getah

Tikar getah memang mudah kotor apatah lagi sekiranya tertumpah air atau makanan. Jika ada kotoran yang melekat, gunakan campuran sama dan gosok perlahan pada permukaan yang kotor.

3. Seterika

Biasanya tapak seterika akan menjadi gelap akibat suhu panas dan adakalanya kotoran itu boleh melekat pada pakaian ketika menggosok.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ubat gigi juga boleh digunakan untuk membersihkannya tanpa perlu mencampur baking soda atau air. Anda hanya perlu gosok permukaan yang terkesan dan bersihkan menggunakan kain lembap.

Bagi memastikan tiada sisa ubat gigi yang tertinggal, nyalakan suis seterika sehingga panas dan sapu dengan kain lembap bagi menghilangkan sepenuhnya baki ubat gigi.

4. Krom dan aluminium

Jika ada mempunyai barang yang diperbuat daripad krom atau aluminium, ubat gigi juga boleh digunakan untuk membersihkan kotoran padanya dan jangan terkejut jika ia berkilat seperti baharu!

5. Sinki

Ironiknya adakalanya kita akan tertumpahkan ubat gigi ke dalam sinki - jangan dibuang sebaliknya gunakan sebagai bahan penyental sinki anda.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain