suria

Bakal jadi kegilaan... Ini 5 sebab kenapa anda perlu jenguk emart24

emart24 kini sudah dibuka di Bangsar South, Kuala Lumpur.

SEMENJAK kebelakangan ini, kedai serbaneka Korea menjadi tumpuan pelanggan kesan daripada populariti muzik dan drama dari negara itu yang melanda di seluruh dunia.

Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai jenis kedai dengan konsep sama dibuka dan ia mendapat sambutan pelanggan yang mahu membeli produk keluaran Korea.

ARTIKEL BERKAITAN: Karya seni doodle comel, unik pada kotak makanan... walau penat tapi kerana minat BTS jadikan kerjaya!

Tampil dengan konsep 'Terkini, Bergaya dan Artisan', sebuah lagi kedai serbaneka Korea dibuka iaitu emart24 di Bangsar South, Kuala Lumpur yang menyuntik nafas baharu kepada stereotaip kedai serbaneka.



emart24 bakal menjadi tumpuan pelanggan yang gemarkan barangan dan makanan dari Korea.

Menampilkan konsep gaya hidup, ia menawarkan pelbagai makanan jalanan Korea yang segar, kopi harum, makanan ringan eksklusif serta rangkaian produk kecantikan K-beauty.

Sejak diasaskan pada tahun 2014, emart24 telah berkembang pesat kepada lebih 5,500 cawangan dalam tempoh hanya tujuh tahun, sekaligus menempa nama sebagai kedai serbaneka Korea yang berkembang paling pantas. Dipacu gelombang ‘Hallyu’, kedai baru berkenaan merupakan yang pertama antara 300 kedai disasar untuk dibuka di Malaysia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Kenapa anda harus kunjungi emart24?

1. Di Korea, emart24 dikendalikan oleh peruncit terbesar di negara berkenaan, Shinsegae Group, dan merupakan jenama kedai serbaneka pertama di Korea yang memperkenalkan kedai serbaneka tanpa pekerja manusia, sekali gus menerapkan aspek teknologi terkini.



Pelbagai produk terbaik dijual di emart24.

2. Konsep kedai ‘Reserve’ emart24 - menampilkan ruang yang lebih besar, rekaan dalaman yang diperibadikan, serta ciri-ciri keunikan untuk setiap kedai.

3. Meskipun ia menawarkan pilihan lebih luas berbanding kedai runcit, pelanggan dapat menikmati kualiti yang konsisten tidak kira di mana kedai sekalipun. Premis seumpamanya yang pertama akan mula beroperasi di Hartamas tidak lama lagi dan menampilkan tawaran tersendiri seperti makanan jalanan Korea.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

4. Dari segi keselamatan dan kualiti makanan, emart24 komited memastikan semua bahan yang digunakan untuk makanan segar dan makanan sedia dimakan bersumberkan pembekal-pembekal yang diiktiraf halal.

5. Selain makanan, pelanggan juga dapat menikmati beraneka pilihan kosmetik, produk penjagaan diri serta wangian, disediakan menerusi kerjasama strategik dengan OnlyKorea, iaitu pengedar sah produk kecantikan Korea yang bakal menjadi antara kumpulan peruncit kecantikan negara berkenaan yang terkemuka di Asia.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain