suria

Malas mengemas rumah ketika PKP? Cuba 5 cara ini... pasti anda kembali bersemangat!

Melakukan kerja rumah memang memenatkan tapi ada beberapa tip untuk bangkitkan motivasi anda.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) memerlukan kita menghabiskan lebih banyak masa di rumah dan sudah tentu kediaman akan bertukar berantakan!

Ramai mengambil sikap lepas tangan dan tidak endah terhadap kerja-kerja membersihkan rumah kerana menganggap ia memenatkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan tak tahu... 5 benda dalam rumah anda akan pupus 10 tahun lagi!

Jika anda termasuk dalam golongan malas membersihkan rumah, sebenarnya seseorang perlu memaksa diri kerana itu adalah satu-satunya cara agar kediaman tidak menjadi 'sarang' tikus.

Terdapat juga beberapa perkara yang boleh membangkitkan semangat untuk mengemas rumah, termasuklah;

1. Pasang lagu kegemaran

Muzik adalah motivasi terbaik dan membuatkan pelbagai perkara terasa mudah. Nak lagi best, buat playlist lagu kegemaran ketika membersihkan rumah.

Dengan cara itu, anda akan lebih rasa bermotivasi dan bersemangat untuk menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh seperti mengemop lantai, mencuci pinggan, mengelap habuk dan mencuci pakaian.

2. Tetapkan waktu

Sebelum mengemas bilik, tetapkan waktu selama 10 atau 20 minit dan disiplinkan diri untuk menyelesaikan tugasan itu dalam tempoh ditetapkan.

Tetapkan juga waktu berehat sebelum memulakan tugas berikutnya!

3. Mulakan dengan perkara kecil

Jika anda tidak tahu untuk bermula dari mana, cuba selesaikan perkara kecil terlebih dahulu seperti mengumpul pakaian kotor dalam bakul atau menggutip pinggan kotor untuk diletakkan di dalam sinki.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tanpa disedari - daripada hanya menggutip pinggan anda telah membersihkan keseluruhan dapur. Perkara kecil itu sebenarnya sebagai penggerak untuk anda menyelesaikan semua tugas.

4. Satu perkara setiap hari

Jika anda malas sangat, buat jadual dan perkara yang perlu diselesaikan setiap hari. Dengan cara itu, hari-hari anda akan seimbang dan tahu apa perlu dilakukan pada hari tertentu.

5. Minta bantuan

Jika anda tinggal bersama keluarga, jadikan mengemas rumah sebagai aktiviti kekeluargaan. Cara ini akan menjadikan semua perkara menjadi cepat dan mudah.

Ia juga membuatkan semua orang bersemangat dan membuatkan rasa lebih kurang tertekan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain