suria

Comel kalau si bulus bersin... jangan pandang ringan, mungkin kucing kesayangan alami jangkitan

Terdapat beberapa sebab mengapa kucing bersin.

PERNAHKAH anda melihat kucing bersin? Seperti manusia, si bulus juga boleh bersin dan ia adalah perkara normal.

Bagaimanapun sekiranya kucing kesayangan anda terus menerus bersin beberapa kali sehari dan ia berlarutan selama berhari-hari, ia tidak normal.

ARTIKEL BERKAITAN: Sukar dikesan, ini cara-cara mengenali jika haiwan peliharaan anda dipatuk ular

Ia berkemungkinan mengalami jangkitan saluran pernafasan, terdedah kepada toksin serta reaksi terhadap debu atau elergi terhadap sesuatu termasuk petanda kanser.

1. Jangkitan saluran pernafasan

Penyebab kucing sering bersin dipengaruhi oleh beberapa faktor dan salah satunya adalah jangkitan pada saluran pernafasan.

Gejala penyakit ini boleh dilihat daripada kucing yang sering bersin, mengalami hidung tersumbat, cecair keluar daripada mata atau tanda-tanda demam selesema yang lain.

Keadaan ini menyebabkan kucing mengeluarkan lendir berwarna kuning atau kehijauan, malah matanya juga mungkin kelihatan berkaca, berair dan boleh mengeluarkan lendir kuning atau hijau.



Bersin perkara biasa bagi kucing tetapi ia juga boleh jadi petanda kepada masalah lain.

Selain itu, perhatikan rentak pernafasannya - biasanya ia kedengaran berat dan berdesir selain sukar bernafas melalui hidung. Jangkitan saluran pernafasan ini biasanya disebabkan oleh virus herpes kucing atau calicivirus.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Segera bawa kucing kesayangan anda berjumpa doktor haiwan untuk dapatkan rawatan.

2. Debu dan produk pembersih

Faktor lain si bulus kerap bersin adalah disebabkan faktor sekelilingnya. Perhatikan keadaan rumah yang mungkin menyebabkan kucing bersin seperti adakah sampah dibuang? Adakah penggunaan produk baharu dalam rumah?

Ia kedengaran remeh tetapi bau sampah dapat menyebabkan kucing bersin dan ada yang sensitif terhadap bau bahan pencuci malah pewangi yang anda pakai.

Kehadiran debu juga boleh membuatkan kucing bersin - mengenal pasti penyebabnya dapat membantu menyelesaikan masalah bersin dialami kucing.

Bagaimanapun, bagi mencegah sebarang masalah tidak diingini, bawa ia berjumpa doktor haiwan dan lakukan rawatan rinoskopi yang boleh membantu mengesan pelbagai penyakit seperti polip, tumor, pembengkakan saluran pernafasan atau kelainan lain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain