MI segera antara makanan yang mudah dimasak dan menjadi kegemaran ramai dalam kalangan rakyat Malaysia. Terdapat beberapa cara untuk memasak mi segera, mungkin ada yang lebih suka berkuah dan ada juga yang lebih suka ia digoreng. ARTIKEL BERKAITAN: Minum di kafe sedap, ‘tapau’ macam kurang pula nikmatnya... kenapa kopi berubah rasa? Namun sesetengah individu percaya bahawa air rebusan mi segera berbahaya kerana mengandungi kandungan lilin sehingga boleh meracuni tubuh, tetapi sejauh manakah kesahihannya? Seorang pakar zat makanan dari Indonesia, Dr Marudut menafikan kenyataan tersebut malah berkata air rebusan tersebut mengandungi zat seperti zink dan folik asid. Mi segera menjadi kegemaran ramai kerana mudah dimasak dan rasanya yang enak. Dia menyarankan agar sayuran atau hirisan ayam ditambah dalam mi segera agar hidangan tersebut lebih sihat dan berkhasiat. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram! Mengenai warna air rebusan mi segera, tidak dapat dinafikan ia kelihatan keruh dan sedikit kuning apabila mi direbus. Penghasilan warna tersebut berpunca daripada kebanyakan mi segera yang mempunyai warna kuning dan putih. Walaupun terdapat perubahan warna pada air rebusan itu, ia tidak membahayakan dan anda boleh makan seperti biasa bersama mi segera tanpa perlu mengganti air rebusan yang baharu. Makan mi segera dengan kerap atau menjadikannya sebagai hidangan rutin dikatakan tidak baik untuk kesihatan. Menurut pakar nutrisi dari Indonesia, Tan Shot Yen tiada cara khusus untuk memasak mi segera dan mengganti air rebusannya adalah tidak perlu. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sekiranya air rebusan berbahaya, maka mi segera tersebut akan lebih berbahaya untuk tubuh. Tambahnya, mi segera merupakan produk ultra proses yang mana ia akan membawa kemudaratan pada tubuh badan sekiranya diambil secara berlebihan tanpa pengawalan. Walaupun menjadi kegilaan ramai, namun anda tidak digalakkan untuk makan mi segera sebagai hidangan rutin bagi mengelakkan sebarang penyakit.