suria

78 peratus golongan bujang rasa lebih selamat keluar dating dengan individu sudah divaksin

Golongan bujang sudah bersedia untuk kembali mencari cinta.

SELEPAS hampir dua tahun pandemik melanda dunia, statistik menunjukkan bahawa golongan bujang sudah bersedia untuk kembali mencari cinta dan menyedari betapa pentingnya membina sesebuah hubungan yang sebenar.

Lunch Actually iaitu sebuah syarikat temu janji makan tengah hari pertama dan terbesar di Asia melakukan tinjauan Dating & Vaccination Survey 2021 dengan 500 koresponden yang memfokuskan sama ada Covid-19 dan vaksinasi memberi kesan kepada tingkah laku dan pilihan mereka untuk berpasangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mengikut kajian Jobstreet, ini senarai pekerjaan paling dicari-cari pada tahun pandemik 2021

Daripada jumlah itu, 43 peratus bersedia keluar untuk temu janji sekiranya pasangan mereka telah divaksin manakala 78 peratus pula berasa lebih selamat untuk berpacaran sekiranya pasangan telah menerima suntikan vaksin.

Bagaimanapun, ditanya sama ada mereka sanggup keluar berpacaran dengan individu yang masih belum divaksin atau enggan menerima vaksin, 61 peratus tetap bersetuju.



78 peratus lebih selesa jika calon pasangan sudah divaksin.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengasas Bersama Lunch Actually, Violet Lim memberitahu kebanyakan individu yang masih bujang merasakan bahawa dapat bertemu dengan pasangan yang sudah divaksin membuatkan mereka lebih selamat meskipun ada di antara mereka yang tidak kisah akan perkara itu.

"Antara alasan yang membuatkan mereka selesa untuk keluar bertemu janji meskipun pasangan belum divaksin adalah kerana tiada jaminan mereka tidak akan terkena virus itu.

"Menerusi kajian itu juga dapat disimpulkan bahawa vaksin bukan penghalang untuk mereka mencari cinta," katanya.

Dalam kajian sama, 75 peratus memberitahu mereka lebih cenderung untuk keluar bertemu janji sekiranya kedua-dua mereka mempunyai pandangan yang sama tentang Covid-19 dan vaksin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ini sesuai dengan matlamat Lunch Actually yang memfokuskan kepada keserasian dalam sesebuah hubungan. Pada akhirnya, perbincangan dan melontarkan pandangan mereka tentang perkara itu adalah lebih baik daripada terus membuat penilaian sebelum mengenali," katanya lagi.



Ramai mencari cinta menggunakan aplikasi.

Sementara itu, Violet memberitahu sudah banyak aplikasi temu janji memaparkan status vaksinasi pada bahagian profil dan 34 peratus koresponden pula memberitahu perkara itu memberi tambah nilai dalam suasana ketika ini.

Malah 51 peratus pula berpendapat, perkara itu turut memberi lebih saingan dalam mencari cinta.

"Namun ini bukan kriteria utama yang dicari oleh individu solo dan masih terdapat perkara lain yang turut menjadi penarik dalam memilih pasangan dalam aplikasi seperti maklumat profil dan foto yang dimuat naik," jelasnya.

Sejak pandemik bermula tahun lalu, Lunch Actually telah berjaya dalam sasarannya sebagai orang tengah termasuk temu janji secara dalam talian, bimbingan, rundingan dan pelancaran aplikasi itu.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain