SEJAK Isnin lalu laungan kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mendapat perhatian meluas warganet ekoran situasi pandemik Covid-19 yang membimbangkan sehingga memberi kesan kepada masyarakat. Tujuan kempen itu diadakan bagi membantu individu yang terkesan akibat pandemik namun berasa segan untuk menyatakannya secara terbuka dan bendera putih adalah bentuk komunikasi dan isyarat bahawa seseorang itu memerlukan bantuan.ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman takluk gunung tertinggi di Eropah bantu gadis ini raih 9A dalam SPM 2020, bapa jadi inspirasi Kempen itu disambut baik pengguna media sosial malah ramai pengguna di media sosial berkongsi mesej dan pesanan itu. Malah sebuah grup di Facebook menggunakan nama Solidariti Rakyat: Bendera Putih turut ditubuhkan sejak Isnin lalu oleh Ketua Editor OrangKata.my, Rahman Imuda yang sehingga kini mempunyai 3,200 pengikut. Grup facebook Solidariti Rakyat: Bendera Putih kini mempunyai 3,200 pengikut sejak dilancarkan pada Isnin lalu. Rahman menerusi kenyataannya di Facebook memberitahu grup itu ditubuhkan selepas melihat kesukaran rakyat dan melalui Solidariti Rakyat: Bendera Putih, masyarakat boleh menjadi 'wartawan rakyat' untuk menyalurkan informasi tentang rumah-rumah yang memasang bendera putih. Melalui grup ini juga kata Rahman, masyarakat yang terkesan boleh meminta bantuan sekiranya mereka berada dalam keadaan terdesak. "Kami bukanlah kumpulan yang memulakan gerakan ini, cuma kami mengumpul gerakan rakyat secara organik, dan cuba membantu mempercepatkan proses gerakan ini," katanya. Rahman menjelaskan kempen ini adalah gerakan murni dari rakyat untuk rakyat dan semua pihak termasuk ahli politik turut dipelawa untuk membantu golongan susah. Ramai menyambut baik kempen itu dengan mengibarkan bendera putih tanda memerlukan bantuan. Meskipun masih baharu, Rahman memberitahu pihaknya telah menerima maklumat wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan persendirian yang berminat untuk membantu bekerjasama dalam projek Bendera Putih di seluruh Malaysia. "Bagi mereka yang ingin menderma, kami menyarankan untuk anda berhati-hati dan menyelidik terlebih dahulu rakyat yang anda ingin bantu. "Kita tidak mahu niat baik kita dipergunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Kami menyaran anda memberikan bantuan dalam bentuk makanan mentah untuk rakyat meneruskan kehidupan" jelasnya. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Sementara itu, menerusi pemerhatian di grup tersebut, rata-rata pengikut yang berbilang bangsa aktif berkongsi pelbagai informasi mengenai saluran bantuan yang boleh dihubungi. Menerusi grup itu juga ramai berkongsi informasi tentang bantuan. Selain itu, ramai di antara mereka juga yang menawarkan bantuan serta meninggalkan informasi bagi memudahkan golongan memerlukan bantuan menghubungi mereka. Salah seorang pengikut grup Facebook itu, Nurul Afirah melahirkan rasa terharu atas keperihatinan rakyat Malaysia serta melihat inisiatif menubuhkan grup tersebut sebagai peka terhadap permasalahan dihadapi masyarakat ketika ini. "Alhamdulillah sejak Bendera Putih dikibarkan di Facebook ramai orang perseorangan yang memuat naik status dengan bantuan masing-masing. "Rakyat memang peka dengan bantuan kemanusiaan, tanggungjawab sesama manusia itu tetap ada, biar sedikit tetapi ada dan sama-sama dapat merasa... Semoga murah rezeki bagi penyumbang," tulisnya. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!