suria

Terima penyertaan dari seluruh dunia, OPPO dedah foto-foto indah berjaya tarik perhatian juri

Sebanyak 50 penyertaan telah berjaya dipilih atas kreativiti, komposisi dan tarikan emosi mereka oleh panel jurugambar profesional.

JENAMA peranti pintar terkemuka OPPO baru-baru ini mengumumkan keputusan pertandingan Fotografi Masa Depan Malaysia 2121, pertandingan global untuk orang ramai merakam dan berkongsi kenangan tahun ini untuk dikongsi dengan generasi akan datang.

Projek #dearfuture2121 yang bertepatan dengan pelancaran telefon pintar utama OPPO Find X3 Pro awal tahun ini menyaksikan para peserta menghantar gambar dan kapsyen yang mereka percaya akan 'bergema' 100 tahun dari sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN: Segala keindahan di Malaysia telah dirakam untuk diabadikan! Jom semak pemenang hadiah utama dan mingguan peraduan fotografi OPPO

Foto-foto yang memperlihatkan keindahan hidup, alam dan kepelbagaian planet kita dihantar dari seluruh dunia, termasuklah Indonesia, Malaysia, Thailand, New Zealand, Netherland, India, Itali, Australia, Singapura, United Kingdom, Ireland, Perancis, Sepanyol, Jerman, Belgium dan Switzerland.

50 penyertaan telah berjaya dipilih atas kreativiti, komposisi dan tarikan emosi mereka oleh panel jurugambar profesional iaitu jurugambar National Geographic, Joel Sartore, jurugambar perjalanan global, Lennart Pagel, dan pengarah filem, Bi Gan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Para pemenang juga telah mendapat tempat di galeri eksklusif yang dihoskan di laman web OPPO, yang kini disiarkan secara langsung.

Berikut merupakan beberapa pemenang yang berjaya mencuri perhatian juri:

image3

Sepehr Mohammady adalah antara jurugambar yang terpilih sebagai pemenang, dipilih kerana memaparkan keindahan alam semula jadi.

Menurut salah seorang juri iaitu Lennart, gambar itu secara komposisi berjaya menangkap dua sisi alam.

“Latar belakang yang begitu terang sehingga pokok-pokok terasa hidup, dan latar depan yang begitu gelap dan tenang sehingga hampir terasa menindas. Kita harus melakukan yang terbaik untuk membantunya menjaga keseimbangan, ” ujarnya.

amazingterengganu

Juri turut tertarik dengan foto Muhd ​​Rushdi Samsudin kerana warnanya yang kaya dan merasakan ada elemen penyertaan dalam pemandangan.

Salah seorang juri, Joel memuji foto tersebut karena keasliannya.

“Saya belum pernah melihat foto memancing diambil seperti ini. Ia adalah momen aksi yang hebat, dengan warna yang sangat kaya, ia benar-benar menceritakan satu kisah. Saya rasa seperti berada di sana dengan mereka menarik jaring," ujarnya.

image5

Foto oleh Ritu Maheshwari turut diakui oleh para juri sebagai entri yang luar biasa.

Dia merakam senyuman seorang budak lelaki dalam hujan lebat.

Kata juri, Bi Gan, ia memerlukan banyak kemahiran dan kreativiti.

200 penyertaan tambahan turut dipaparkan di laman web OPPO dan Instagram.

Jurufoto yang menang turut dihadiahkan kursus fotografi profesional dalam talian untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Selain itu, OPPO telah memberikan AS$400 (RM1,676) kepada peserta terpilih untuk digunakan bagi melakukan perjalanan dan berhubung kembali dengan rakan, ahli keluarga atau destinasi yang mereka impikan.

Untuk rekod, OPPO menerima 20,900 penyertaan.

Dalam pada itu, duta jenama global OPPO yang juga pelakon dan pemenang Anugerah Akademi, Eddie Redmayne turut mempamerkan foto miliknya untuk Projek Fotografi Masa Depan 2121.

Ujarnya, dia mahu membuat catatan mengenai perjuangan dan keperitan yang dilalui sepanjang tahun ini.

Eddie mendokumentasikan sedikit kehidupannya menerusi OPPO Find X3 Pro, ketika dia berada di rumahnya di London.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain