suria

Elak penularan Covid-19... ketahui 10 keadaan kita perlu segera cuci tangan!

Cuci tangan adalah antara cara untuk mengelakkan virus menempel pada tangan.

KERAP mencuci tangan adalah antara perkara yang disarankan untuk menghindari risiko penularan virus Covid-19.

Ini kerana virus itu dapat bertahan di permukaan kulit manusia sehingga 11 jam dan tindakan mencuci tangan adalah langkah penting untuk membunuh virus itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Waspada! Sindrom happy hypoxia gejala tak disedari pesakit Covid-19

Tidak hanya mencuci tangan apabila dirasakan perlu, sebenarnya terdapat 10 keadaan yang memerlukan kita mencuci tangan dengan segera bagi mengelakkan kemungkinan penyebaran Covid-19.

Closeup of person washing hands isolated. Cleanliness and body care concept.

Kita disarankan untuk mencuci tangan sekerap yang boleh.

1. Selepas memegang benda yang mungkin tercemar seperti tombol pintu, butang lif dan sebagainya.

2. Sejurus selepas ke tandas, kita perlu mencuci tangan terutamanya jika menggunakan tandas di tempat awam.

3. Batuk dan bersin.

4. Ketika menggantikan pelitup muka, kita turut disarankan untuk mencuci tangan.

5. Bersentuhan atau menyentuh benda di sekitar orang sakit seperti di hospital.

6. Selepas pulang ke rumah, cuci tangan dengan sabun dan terus mandi adalah lebih baik.

7. Sebelum menyentuh wajah, cuci tangan terlebih dahulu.

8. Sebelum dan sesudah makan, cuci tangan dengan bersih.

9. Ketika menyediakan makanan juga perlu mencuci tangan dan bahan digunakan dengan bersih.

10. Jika tangan nampak kotor, cuci tangan dengan sabun.

Hand Sanitizer

Penggunaan hand sanitizer juga digalakkan.

Kajian yang dilakukan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC), Amerika Syarikat juga mendapati amalan itu semakin dilupakan dan ramai lalai mencuci tangan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Menjaga kebersihan tangan sepatutnya sudah menjadi kebiasaan seperti memakai tali pinggang keledar dan helmet, " kata salah seorang penyelidik Emily Landon.

Jelasnya, ia bukan sahaja bermanfaat dalam mencegah penularan wabak Covid-19 tetapi penyakit-penyakit lain.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain