APLIKASI MySejahtera telah dikemas kini dengan ciri terbaharu dalam usaha berterusan menentang penyebaran Covid-19. Pengguna aplikasi itu kini boleh menggunakan tiga ikon terbaharunya iaitu Ujian Kendiri Covid-19, Kecemasan dan Fasiliti Kesihatan.ARTIKEL BERKAITAN: Bakal jadi kegilaan gamers... Siri Hot 10S peranti permainan dan hiburan paling padu! Pengguna yang menekan pada butang Ujian Kendiri Covid-19 akan memaparkan tiga kit ujian kendiri yang boleh dibeli iaitu Kit Ujian Rapid Antigen Salixium Covid-19 (RM39.90), Gmate Covid-19 AG Salive for Home Use (RM39.90) dan JusChek Covid-19 Antigen Rapid Test (RM29). Pengguna yang berminat untuk membeli akan dibawa terus kepada pautan platform e-dagang farmasi untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai produk serta pembayaran untuk pembelian. Sementara itu, ikon kecemasan adalah untuk membuat panggilan terus ke talian 999 manakala ikon Fasiliti Kesihatan ditambah bertujuan untuk membantu pengguna mencari kemudahan kesihatan terdekat. [Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI] Pengguna hanya perlu mengaktifkan lokasi mereka untuk melakukan pencarian sebelum diberi nama, alamat dan nombor telefon klinik atau hospital terdekat. Menerusi Twitter MySejahtera, pengguna disarankan untuk menutup aplikasi itu selepas dikemas kini sebelum dibuka semula untuk menggunakan semua ciri terbaharu itu. Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!