suria

Bahagia rasanya apabila si bulus datang bermanja! Ini 4 sebab mengapa kucing suka duduk di pangkuan tuannya

Kucing memang gemar duduk di pangkuan tuannya.

SALAH satu aktiviti yang sering dilakukan kucing adalah duduk di pangkuan tuannya. Sikapnya itu membuatkan kucing kelihatan comel kerana inginkan perhatian pemiliknya.

Sebenarnya kucing yang duduk diriba bukan sahaja membuatkan pemiliknya rasa bahagia tetapi tindakannya itu mampu membuatkan tekanan berkurangan selain menstabilkan tekanan darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing mengeliat, regangkan tubuh selepas bangun tidur... apa yang nak disampaikan kepada tuannya?

Jika kucing gemar menempel pada anda, terdapat empat sebab mengapa ia berkelakuan begitu, termasuklah;

lapcat_blog_718x

1. Kehangatan tubuh manusia

Kucing sukakan kehangatan dan duduk di pangkuan manusia adalah salah satu cara si ulus mendapatkan keselesaan.

2. Mengeratkan hubungan

Kucing sentiasa menunjukkan rasa kasih dan sayang terhadap individu yang mereka sukai dan sentiasa mencari peluang untuk mengeratkan hubungan itu.

Tidak hanya duduk di pangkuan pemiliknya, kucing juga sangat suka badannya dibelai kerana ia akan mengingatkannya kepada ibu mereka yang memanjakannya ketika kecil.

kalista-sitting-on-lap

3. Aroma

Kucing akan mengingati bau tuannya dan jika melihat ia sering menempel di atas baju anda, ia mungkin disebabkan kucing merindukan anda.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tetapi awas, jika anda bermain dan memegang kucing lain, ia dapat mengesan bau itu dan mungkin akan menjauhi anda.

4. Kepercayaan

Apabila kucing duduk dalam pangkuan tuannya, ia juga adalah simbol bahawa haiwan itu mempercayai anda.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain