suria

Ketengahkan bakat mencipta lagu anda dalam kempen LG's Life's Good Music Challenge

Penyertaan Life's Good Music Challenge dibuka sehingga 8 Ogos ini.

DALAM membuka ruang dan peluang kepada golongan muda di seluruh dunia untuk menonjolkan kreativiti dan bakat, jenama terkenal LG Electronics Malaysia (LG) memperkenalkan kempen LG's Life's Good Music Challenge.

Pertama kali dilancarkan pada tahun lalu, kempen ini mengajak bakat baharu berusia di antara 15 hingga 35 tahun untuk berkongsi lagu ciptaan mereka dengan mengetengahkan tema LG’s uplifting Life’s Good.

ARTIKEL BERKAITAN: Google sekat semua aplikasi berunsurkan ‘sugar daddy’ bermula 1 September

Kempen ini di Malaysia pada tahun 2021 berkolaborasi dengan penyanyi dan penulis lagu, Syada Amzah dan penyertaan boleh dihantar berdasarkan versi lagu Life's Good yang dicipta oleh Syada.

Pemenang berpeluang memenangi Monitor UltraGear UHD Nano IPS 1ms 144Hz HDR600 27 inci lengkap dengan Keserasian G-SYNC® (yang akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi) dan LG TONE Free FN7, selain peluang mencipta dan mempersembahkan lagu bersama Syada.

Penyertaan Life's Good Music Challenge boleh dibuat dengan memuat naik video di Instagram atau YouTube dengan menggunakan tanda pagar #LifeisGoodMusic_LG and #LGMusicChallenge_Malaysia sehingga 8 Ogos ini.

"Ia merupakan satu penghargaan apabila dipilih oleh LG menyertai kempen ini.

"Saya teruja dan tidak sabar untuk bekerja dengan bakat-bakat baharu yang ingin mengembangkan karier mereka dalam industri muzik tempatan," kata Syada.

Bagi merancakkan kempen itu, LG juga telah menghasilkan saluran jenamanya di GIHY yang menawarkan pelbagai pelekat GIF yang boleh digunakan di Instagram, TikTok dan sebagainya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Life's Good 2021, boleh melayari YouTube dan Instagram LG Malaysia.

Artikel Lain