MEMANDIKAN kucing peliharaan antara rutin yang dilakukan pemilik agar bulu kucing bersih apatah lagi sekiranya si bulus aktif dan gemar bermain di luar rumah. Namun ada juga pemilik kucing yang menggunakan syampu manusia untuk membersihkan bulu-bulunya daripada kotoran, adakah ia selamat?ARTIKEL BERKAITAN: Pemilik dah sediakan tempat selesa, kenapa ibu kucing tetap pindahkan anak-anaknya? Sebenarnya syampu manusia tidak disarankan untuk digunakan kepada kucing kerana pH syampu tidak sesuai. Seperti diketahui, pH kulit manusia pada skala 5.5 yang bererti lebih berasid. Padahal, pH kucing adalah pada skala enam dan tujuh, yang bererti kadar keasidan lebih normal. Terdapat pelbagai syampu khas untuk kucing yang dijual di pasaran. Menggunakan syampu manusia untuk memandikannya juga boleh memberi kesan buruk kerana paparan bahan kimia boleh membuatkan pH kulit kucing menjadi rendah. Ketika pH kulitnya rendah, kulit kucing akan menjadi semakin kering dan membuatkan bulunya senang gugur. Lebih parah, beberapa kandungan dalam produk syampu manusia boleh menyebabkan kulitnya mudah luka. Atas sebab itu, tidak disarankan penggunaan syampu manusia untuk memandikan manusia. Sebaik-baiknya beli syampu khas untuk kucing kerana bahan digunakan lebih ringan tanpa penggunaan bahan kimia atau pewangi yang lebih sesuai dengan kulit si bulus. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI