suria

Ada risiko kesihatan jika anda sering bungkus lebihan makanan dalam aluminium foil

Membungkus makanan menggunakan aluminium foil boleh membahayakan kesihatan.

KEBIASAANNYA kita akan menyimpan lebihan makanan dalam bekas atau menggunakan aluminium foil dengan harapan ia bertahan lebih lama dalam peti ais.

Tetapi tahukah anda, sebenarnya menyimpan lebihan makanan juga bukan boleh dilakukan sembarangan, jika dilakukan dengan cara yang salah ia boleh menyebabkan keracunan makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan dibuang botol air yang lama tak diguna, berbau hapak! Guna cara mudah ini untuk mencucinya

Sebenarnya penggunaan aluminium foil sebagai pembungkus lebihan makanan adalah membahayakan kesihatan.

Sama seperti kita yang memerlukan udara untuk bernafas, bakteria juga memerlukan udara untuk hidup. Malah ada beberapa jenis bakteria seperti staph dan bacillus cereus menghasilkan racun yang tidak boleh dihancurkan oleh suhu tinggi.

Penggunaan aluminium foil tidak akan menutup rapat makanan yang dibungkus malah proses pertumbuhan bakteria dan kulat akan menajdi lebih cepat.

Screenshot_2016-05-20-15-05-52-1

Aluminium foil banyak digunakan untuk membungkus makanan.

Jadi penggunaan bekas kedap udara adalah jalan paling baik terutamanya bagi makanan yang tidak tahan lama.

Paling baik, makanan perlu disimpan dua jam selepas ia dihidangkan kerana selepas tempoh itu, bakteria akan mula membiak.

Produk tenusu dan daging juga sangat mudah terdedah kepada bakteria meskipun ia sudah dimasak.

Jika ingin menyimpan lebih lama, simpan lebihan makanan di bahagian sejuk beku bagi mengelakkan sebarang pertumbuhan bakteria meskipun menggunakan bekas kedap udara.

Anda hanya perlu memasukkan makanan ke dalam ketuhar gelombang mikro untuk memanaskannya sebelum dimakan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain