suria

2021 menyaksikan rakyat Malaysia lebih terhubung di Twitter, doktor lebih aktif... emoji picagari antara paling kerap digunakan

Lebih ramai doktor berkongsi perspektif mereka melalui Twitter pada tahun 2021.

TIDAK dinafikan, tahun 2021 adalah satu lagi tahun paling mencabar untuk semua orang kerana terdapat banyak perkara yang berlaku.

Bagaimanapun, 2021 juga merupakan tahun di mana rakyat Malaysia menemui dan berhubung semula dengan komuniti yang berkongsi minat sama seperti mereka.

ARTKEL BERKAITAN: Warna terang, motif kotak-kotak antara 4 fesyen dijangka popular 2022

Daripada berkongsi tentang makanan tempatan, mesej meluangkan masa bersama orang tersayang, berkumpul untuk menyokong perniagaan seorang lelaki kurang upaya, membuat jenaka, rakyat Malaysia memilih Twitter untuk berhubung dan mencipta lebih banyak kenangan walaupun menghadapi cabaran yang perit pada tahun ini.

Sama ada untuk terus dikemas kini tentang acara global atau untuk menyebarkan kegembiraan, Twitter benar-benar menjadi tempat untuk rakyat Malaysia 'berkumpul'.

Ini adalah susunan perbualan yang merakamkan keajaiban telah berlaku #OnlyOnTwitter pada tahun 2021.

Ia mengimbas kembali detik-detik yang membuat anda ketawa, menyentuh hati, menitiskan air mata dan paling penting, peringatan bahawa kita semua bersama-sama dalam mengharungi situasi ini.

Jom imbas semula beberapa detik terbaik tahun ini, berdasarkan perbualan di Twitter di Malaysia antara 1 Januari - 15 November 2021.

1. Tweet yang menghubungkan rakyat Malaysia di Twitter

Tahun 2021 memberikan impak besar dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya dalam berhubung semula dengan orang tersayang dan mereka yang memerlukan.

Salah satunya adalah tweet pada tahun 2021 datang daripada pelakon dan pemuzik, Naim Daniel (@naimdanielx) mengingatkan kita semua untuk meluangkan masa bersama orang tersayang sementara kita masih mampu berbuat demikian.

Twitter juga merupakan tempat orang ramai berkongsi rasa belas kasihan mereka dengan orang lain semasa keadaan sukar seperti ditunjukkan dalam tweet dikongsi oleh Shykynn (@shykinn) menggesa sokongan untuk perniagaan dalam talian seorang lelaki kurang upaya.

Satu lagi Tweet popular pada tahun 2021 menarik perhatian rakyat Malaysia di Twitter adalah oleh seorang cef popular di media sosial, Khairul Amin (@khairulaming), menggunakan platform ini untuk berkongsi hidangannya tentang pelbagai hidangan tempatan.

2. Hashtag yang mencetuskan perbualan di Malaysia

Hashtag paling banyak ditweet pada tahun 2021 mempamerkan sisi berbeza rakyat Malaysia yang berlaku #OnlyOnTwitter.

Perbualan terdiri daripada aset digital, K-Culture, permainan, filem dan sukan.

Tidak mengejutkan, #covid19 ialah hashtag teratas Malaysia, dengan negara menghadapi 'lock-down' pada pertengahan tahun dan ramai orang beralih ke Twitter untuk mendapatkan kemas kini tepat pada masanya tentang perkembangan dan berkongsi pendapat mereka tentang situasi itu.

Menariknya, pendatang baharu untuk hashtags Paling Banyak Ditweet tahun ini mencerminkan keinginan rakyat Malaysia semakin meningkat untuk pelaburan alternatif atau tarikan terhadap mata wang kripto secara umum (#bitcoin) dan minat terhadap filem thriller aksi berbahasa Tamil (#valimai) akan datang yang mencetuskan perbualan rancak dalam kalangan orang India Malaysia.

a. #Ateez - Industri K-pop tidak pernah gagal menghiburkan rakyat Malaysia. Ateez, kumpulan lelaki Korea yang sedang meningkat naik, memikat peminat K-pop Malaysia dengan kemunculan semula album popular mereka, Zero: Fever Part 3.

b. #bitcoin - Daripada spekulasi harga hingga tweet Elon Musk, rakyat Malaysia tweet segala-galanya yang berkaitan dengan mata wang kripto dan terdapat tumpuan dan perhatian besar diberikan kepada Bitcoin.

c. #bts - Setiap kali kita menyebut BTS, ia bukan lagi behind the scene (di belakang tabir). Ia kini dikenali sebagai Kumpulan-K-pop-Terbaik di-Dunia. BTS telah menyapu bersih hampir setiap anugerah yang mereka telah dicalonkan dan menjadi artis Asia pertama mencapai pengiktirafan global.

d. #Covid19 - Apabila kita bercakap tentang 2021, mustahil untuk tidak menyebut hashtag ini. Rakyat Malaysia bergantung pada Twitter untuk mendapatkan pengumuman tepat pada masanya tentang peraturan sekatan, berita vaksinasi dan kemas kini prosedur operasi standard (SOP).

e. #genshinimpact - Sebagai salah satu permainan gacha terbaik, Genshin Impact menjadikan tahun 2021 sebagai tahun penuh dengan kemas kini yang berinovatif.

Memperkenalkan kawasan baharu seperti Inazuma dan Archonnya, pencarian baharu dan watak baharu yang boleh dimainkan, telah menarik minat ramai pemain dalam talian di seluruh dunia.

3. Dari luar talian kepada dalam talian; para doktor ini berkongsi perspektif mereka melalui Twitter

Benar-benar unik apabila tahun ini doktor dan pakar perubatan dilihat menjadi lebih aktif di Twitter untuk berkongsi maklumat berkaitan kesihatan yang boleh dipercayai dan untuk menjelaskan berita mengelirukan atau palsu berkaitan vaksin Covid-19 kepada orang ramai.

Rakyat Malaysia memberi perhatian kepada doktor yang berkongsi perspektif mereka dalam masa nyata apabila perkembangan baharu berlaku atau hanya untuk mendapatkan petua dan pandangan kesihatan.

Daripada Dr Samhan (@DoktorSamhan) Dr. Amalina (@DrAmalinaBakri), Dr. Beni Rusani (@DrBeniRusani), Dr. Mahyuddin (@DrMahyuddin), dan Dr. Redza Zainol (@Redza Zainol), doktor telah aktif menggunakan Twitter untuk membincangkan banyak isu berkaitan isu kesihatan, petua dan mesej positif untuk membantu mereka yang memerlukan.

4. Akaun yang menunjukkan pelbagai perbualan di Malaysia

Perbualan dalam Twitter rakyat Malaysia semakin dipelbagaikan pada tahun 2021. Daripada perbualan tentang hiburan kepada kemunculan akaun pencipta kesihatan dan kandungan berkembang daripada perbualan khusus kepada arus perdana, apabila rakyat Malaysia berhubung dengan perkara yang penting bagi mereka.

Sebelum ini, perbualan mengenai perubatan dan kesihatan mungkin menjadi topik khusus pada tahun-tahun sebelumnya.

Tetapi, pada tahun 2021, ia telah berkembang menjadi salah satu topik yang paling banyak diperkatakan di negara ini. Rakyat Malaysia datang ke Twitter untuk mencari maklumat daripada Dr. Nimelesh (@HausofHilton) dan Khairul Hafidz (@khairul_hafidz).

5. Emojis speaks louder than words

Rakyat Malaysia menggunakan emoji untuk berkomunikasi dan meluahkan perasaan antara satu sama lain di Twitter.

Emoji popular tahun ini termasuk menangis, ketawa merupakan emoji yang menunjukkan bagaimana tahun ini mempunyai turun-naik untuk semua orang di negara ini.

Emoji adalah lebih daripada satu cara untuk menyampaikan kesedihan. Ia juga merupakan satu cara untuk mempamerkan kebahagiaan dan kebanggaan.

Emoji pingat emas dan garisan penamat digunakan oleh rakyat Malaysia untuk meraikan pencapaian atlet dalam sukan global.

Emoji pingat emas tersenarai apabila bintang badminton yang sedang meningkat naik Malaysia, Lee Zii Jia memenangi perlawanan pertamanya semasa All England Triumph bersama emoji garisan penamat apabila pelumba basikal trek Azizulhasni Awang (@azizulawang) membanggakan negara dengan kemenangan pingat perak pertama Malaysia untuk kategori lelaki pada acara sukan terbesar di Tokyo.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain