suria

Sebelum melangkah 2022, ketahui 5 perkara boleh anda lakukan untuk hidup lebih bahagia

Jika mencari jawapan untuk kuatkan mental, cuba fokus kepada diri sahaja dan bukan ambil kisah tentang pandangan orang lain terhadap anda.

TIDAK lama lagi kita akan memasuki tahun baharu dan dengan baki beberapa hari lagi dalam 2021 ramai ingin menghabiskan hari-hari mereka dengan melakukan perkara membahagiakan.

Apatah lagi pandemik Covid-19 ketika ini membuatkan banyak perkara atau rancangan menjadi terbatas dan mempengaruhi keadaan mental seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas guna biarkan pintunya terbuka jika mahu mesin basuh tahan lama

Pakar psikiatri Harvard Medical School, Dr Natelie Dattilo berkata kebahagiaan menyambut tahun baharu contohnya boleh memberi kegembiraan jangka pendek dan jangka panjang kepada psikologi manusia.

"Kebahagiaan tidak akan berlaku dengan begitu sahaja. Aktiviti rutin yang dirancang mahupun pelbagai idea yang ada di dalam otak diperlukan untuk membuatkan seseorang berasa lebih baik," katanya.

Bagi membantu mencapai kegembiraan itu, Dr Dattilo membahagikan lima perilaku yang boleh mencetuskan kebahagiaan yang dapat kita lakukan sebelum melangkah ke tahun baharu.

1. Aura positif untuk diri sendiri

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa mewujudkan aura positif untuk diri sendiri adalah kaedah efektif dalam mengurangkan tekanan.

"Luangkan masa dan cari perkara yang boleh membuatkan diri anda berada dalam aura positif. Ia tidak memerlukan langkah besar, anda boleh mulakan untuk diri sendiri," katanya.

2. Penilaian diri sendiri

Dr Dattilo memberitahu kedatangan akhir tahun juga merupakan waktu tepat untuk melihat dan merenung kembali tentang diri sendiri dalam menjadikan diri lebih baik pada tahun hadapan.

Mengetahui jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan dapat membantu seseorang menetapkan tujuan, membuat keputusan dan membantu diri kita memberi keutamaan terhadap perkara lebih penting.

3. Jawapan kepada setiap tindakan

Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat pasti ada jawapan di sebaliknya dan tanya pada diri sendiri apakah motivasi kepada perkara-perkara itu?

"Adakah kerana ia tanggungjawab atau kerana kita malas berfikir mengenainya dan hanya mengikut kata hati?" kata Dr Dattilo.

4. Terima hakikat

"Meskipun penting untuk memiliki tujuan, kebahagiaan sukar diperolehi sekiranya kita gagal memahami diri sendiri dan terlalu fokus kepada keinginan dan memuaskan hati orang lain," ujarnya.

Atas sebab itu, Dr Dattilo berkata, seseorang perlu belajar menerima hakikat tentang pelbagai aspek dalam kehidupan yang kemudiaannya akan menerbitkan rasa bahagia dalam diri.

Apabila sudah menerima hakikat, lebih mudah untuk seseorang lebih fokus memperbaiki kekurangan diri.

5. Bersyukur

Elemen paling penting dalam mencari titik kebahagiaan dalam diri adalah bersyukur kepada Tuhan tentang perkara kecil yang berlaku dalam kehidupan dan nescaya kita akan mendapat ketenangan dan rasa lebih gembira.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain