BAGI pemilik kucing, bunyi kucing mengiau, berlari dan mejatuhkan barang adalah perkara biasa malah mereka sering terbangun ketika nyenyak tidur disebabkan wajah disentuh oleh si bulus. Perilaku kucing ini membuatkan ramai tertanya-tanya, mengapa kucing sangat aktif pada waktu malam? Adakah mereka tidak tidur?ARTIKEL BERKAITAN: Sepanyol wajibkan pasangan pertimbang hak penjagaan haiwan peliharaan sekiranya bercerai Sebenarnya, kucing yang lebih aktif pada waktu malam adalah disebabkan ia memiliki aturan tidur dan berjaga yang berbeza berbanding dengan haiwan lain. Kucing adalah haiwan bersifat krepuskular iaitu berburu dan aktif pada waktu malam atau menjelang subuh. Si bulus peliharaan memiliki pelbagai perilaku yang berbeza dan biasanya ia mula menunjukkan tanda-tanda aktif menjelang waktu petang dan membawa ke tengah malam. Ia meliputi bermain, mencakar perabot, mengigit jari kaki, telinga atau berjalan di atas tuannya ketika sedang tidur serta tidak henti-henti mengiau. Sifat memburu yang ada dalam diri kucing membuatkan ia aktif pada waktu malam. Sebab kucing aktif waktu malam Kucing yang aktif pada waktu malam adalah disebabkan naluri semula jadinya untuk keluar memburu dan berjalan-jalan atau dikenali sebagai nokturnal. Ada beberapa faktor yang menyebabkan perilaku nokturnal ini, termasuklah; 1. Ditinggalkan sendirian Kucing yang tinggal sendirian di dalam rumah pada waktu siang membuatnya menghabiskan sebahagian besar waktunya untuk tidur atau bersantai. Apabila sendirian ia akan berasa bosan dan mencari lebih banyak interaksi dan perhatian. Ini membuatkan ia lebih aktif pada waktu malam dan ingin menari perhatian. Kelaparan juga membuatkan kucing aktif. 2. Kelaparan Kucing sering terbangun pada malam hari untuk mencari makanan. Perilaku ini sesuai dengan naluri semula jadi mereka untuk berburu pada waktu malam. 3. Usia Perubahan pola tidur kucing sering berlaku disebabkan pertambahan usianya sehingga membuatkan si bulus akan lebih aktif pada waktu malam. 4. Tahap kesihatan Keadaan kesihatan tertentu dapat membuatkan kucing menjadi hiperaktif, berasa tidak selesa dan mahukan perhatian terutamanya pada waktu malam. Tahap kesihatan yang biasa dialami yang membuatkan si bulus aktif pada malam hari termasuklah kecemasan melampau, hipertiroidisme, penyakit kronik dan dimensia yang menyebabkan masalah gangguan tidur, ingatan menurun dan mahukan perhatian. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI