suria

Rancang nak beli hartanah? Tentunya Nextsix aplikasi terbaik…pelopori GPS, teknologi AI mudahkan urusan pemburu rumah!

Pengarah Pembangunan Perniagaan Nextsix, Wei Kwang (kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi Nextsix, SY Wong menunjukkan aplikasi Nextsix.

MEMBELI sebuah rumah bukan sekadar mencari tempat tinggal tetapi memenuhi semua kriteria kediaman impian terutama bagi mereka yang pertama kali membeli hartanah.

Bagaimanapun proses membeli rumah sering dilihat sebagai menakutkan apatah lagi ia melibatkan kos yang besar, membuatkan ramai lebih berhati-hati sebelum membuat keputusan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasca banjir: Skuad Perkeso turun padang bantu Keluarga Malaysia terjejas

Kebiasaannya pembeli akan mendapatkan khidmat ejen hartanah atau pemilik kediaman, namun jika tidak bernasib baik pengalaman itu boleh bertukar tragedi.

Akibatnya ada pembeli mendapat rumah yang tidak setimpal dengan harga, lokasi tidak bersesuaian, berdepan masalah pinjaman dan lebih malang apabila ada di antaranya yang ditipu ejen hartanah.

file7jd3s0r56io9x8jaflc

Wei Kwang menjelaskan fokus utama Nextsix adalah menghubungkan pembeli berpotensi dengan ejen hartanah berpengalaman.

Tentu sekali faktor kekurangan pengalaman dan tidak mengetahui tentang kredilibiti ejen hartanah boleh menyebabkan kejadian seumpama itu berlaku.

Nextsix hubungkan pembeli dengan ejen hartanah melalui GPS

Mengambil kira perkara itu, sebuah syarikat iaitu The Next Six Sdn Bhd melancarkan sebuah aplikasi untuk menyediakan maklumat mengenai hartanah dan perkhidmatan berkaitan yang bertujuan memudahkan proses membeli atau menyewa hartanah.

Paling penting, aplikasi yang diberi nama Nextsix itu adalah aplikasi berprestasi tinggi pertama di Malaysia yang mempelopori GPS dan teknologi carian data.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Nextsix, Wei Kwang berkata, fokus utama Nextsix adalah menghubungkan pembeli berpotensi dengan ejen hartanah berpengalaman di lokasi pilihan mereka.

Jelas Wei, menerusi aplikasi itu pembeli boleh mencari ejen yang tepat dan berpengalaman melalui pengesanan GPS bertepatan dengan kehendak dan keperluan mereka.

Nextsix New 1

Nextsix menggunakan GPS dalam menghubungkan pengguna dan ejen hartanah dengan lebih cepat dan berkesan.

"Ejen hartanah adalah kompenen paling penting dalam proses membeli rumah kerana mereka ini berpengalaman dan tahu selok-belok tentang proses membeli, menyewa atau melelong hartanah.

"Kebanyakan pembeli tidak tahu tentang proses memiliki hartanah, jadi amat penting mereka dihubungkan dengan ejen hartanah yang tepat dan paling penting ejen yang sah dan berpengalaman," katanya kepada mStar.

Wei ditemui pada majlis pelancaran aplikasi itu yang diadakan di Hotel St. Regis Kuala Lumpur pada Khamis lalu.

Menariknya mengenai carian GPS ini kata Wei, ia bukan sekadar menghubungkan pengguna dan ejen hartanah ia menggunakan teknologi kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai artificial intelligence (AI) yang mengautomasikan operasi dan kerja yang sifatnya berulang-ulang.

WhatsApp Image 2022-01-31 at 9.48.59 AM

Wei Kwang dan SY Wong (kanan) menyerahkan cenderahati kepada Dato Dr Calvin Khiu.

AI sangat membantu pengguna dalam melakukan pencarian dan menerusi Nextsix ia akan mengesan dengan lebih pantas mengenai kehendak dan keperluan pengguna termasuk hal berkaitan carian lokasi, harga pilihan dan sebagainya.

"Selepas carian dibuat, aplikasi itu akan menyenaraikan kesemua ejen hartanah di kawasan yang dipilih selain pilihan hartanah mengikut julat harga ditetapkan.

"Ia membolehkan pembeli menjimatkan wang dan masa selain mendapat tawaran permulaan yang pantas serta efisyen," katanya.

Wei memberitahu setakat ini, Nextsix sudah pun mempunyai 4,200 ejen hartanah berpengalaman di seluruh Malaysia dan pengguna hanya perlu membuat carian menerusi GPS di dalam aplikasi itu.

Sementara itu, Ketua Pegawai Teknologi Nextsix, SY Wong pula memberitahu setakat ini, Nextsix sudah menyenaraikan 38,000 hartanah termasuk untuk dijual, sewa dan lelongan.

N6 Launching

Penganjur bergambar bersama wakil agensi hartanah... (dari kiri) Kelvin Lee (Pengasas Glow Estates), Lighter Chee (CEO Plextige Properties), Earnest Wong (CEO Blue Duck Tech), Tim Wong (Pengasas Glow Estates), Hendry Lee (CEO Affirm Plus Properties), Mr. Phoon (Pengarah Serantau Bank Pelaburan), Dato (Dr) Calvin Khiu(Pengerusi Angel CEO), Wei Kwang (Pengarah Pembangunan Perniagaan @ Nextsix), SY (Ketua Teknologi @ Nextsix), Dato' Nicholas Yap (Pengasas dan Pengarah Urusan The Roof Realty), Francis Bun (Pengarah Bersekutu Gather Properties), Tee Kai Shiang (Pengasas Fortress Real Estate), Kai (CFO ESP Properties), Cody Yap (Pengasas Believe Realty), Frankie Goh (Pengasas BidNow), Brandon Yip (Pengasas Wingfield Properties) dan Kelvin Liew (CEO TheWill).

Malah katanya, aplikasi itu berada di landasan tepat apabila lebih 2,000 pemburu rumah aktif menggunakan aplikasi itu setakat ini.

"Pihak kami mensasarkan peningkatan pengguna kepada 6,000 pelayar pada tahun ini selain pertambahan 8,000 ejen hartanah dalam aplikasi itu.

"Nextsix boleh digunakan untuk carian hartanah di seluruh Malaysia dan tiada sebarang caj dikenakan kepada pengguna," jelasnya.

Home Pro dan Home Mall lengkapkan proses pembelian rumah!

Sementara itu, SY menjelaskan Nextsix bukan hanya berfungsi sebagai tempat menghubungkan pembeli dengan ejen hartanah sebaliknya ia turut menghubungkan pengguna dengan pelbagai agensi dan perkhidmatan berkaitan hartanah.

Ini menerusi dua segmen lain dalam Nextsix iaitu Home Pro dan Home Mall yang akan melancarkan semua proses pembelian hartanah.

WhatsApp Image 2022-01-26 at 12.27.27 PM

Perjanjian MOU bersama Pengasas The Roof Realty, Dato Nicholas Yap (Kiri) akan memantapkan lagi Nextsix.

"Menerusi Home Pro, pengguna boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan perkhidmatan seperti guaman, perbankan, perkhidmatan perumahan seperti kontraktor ubah suai kediaman, pertukangan dan sebagainya.

"Manakala menerusi Home Mall yang akan diaktifkan dalam tempoh tiga bulan akan datang akan memberi peluang kepada pengguna untuk membuat pembelian kelengkapan perumahan seperti perabot, peralatan elektrik dan sebagainya," jelasnya.

Kata SY, sudah menjadi objektif Nextsix untuk menjadikan aplikasi itu sebagai platform sehenti yang boleh memudahkan dan menjimatkan masa pengguna.

Sementara itu, pelabur utama projek itu, Datuk Calvin Khiu berkata, beliau tertarik dengan Nextsix kerana ia bukan sahaja menyelesaikan masalah pembeli berpotensi tetapi juga ejen hartanah dan pemilik perniagaan.

Jelas Khiu, aplikasi ini dapat membuka ruang lebih besar kepada pemilik perniagaan dan ejen hartanah dalam menawarkan perkhidmatan dengan lebih baik apatah lagi dalam suasana pandemik ketika ini.

file7jd46e8167lj67dwfle

Calvin yakin Nextsix dapat berdaya saing terutamanya sebagai aplikasi utama dalam bidang hartanah.

"Kebelakangan ini banyak pemilik perniagaan dan ejen hartanah sukar mencari pelanggan kerana tiada maklumat tentang siapa yang ingin beli rumah atau mendapatkan khidmat guaman, kewangan dan sebagainya.

"Dengan kehadiran Nextsix ia menghubungkan pelanggan dan pemilik perniagaan dengan lebih mudah dan efisyen. Ia sekaligus meneruskan rantai perniagaan," katanya.

Malah kata Khiu, beliau kagum dengan usaha pasukan Nextsix yang membangunkan aplikasi itu dalam tempoh setahun sehingga mampu menarik minat ejen hartanah dan pemilik perniagaan mendaftar dalam tempoh singkat.

Pada acara pelancaran itu turut memperlihatkan Nextsix turut menandatangani perjanjian MoU bersama sembilan agensi hartanah termasuklah The Roof Realty Sdn Bhd, Gather Properties Sdn Bhd, ESP Properties Sdn Bhd, Affirm Plus Properties Sdn Bhd dan Glow Estates Sdn Bhd.

Selain itu, Nextsix turut memandatangani perjanjian bersama Fortress Real Estate Sdn Bhd, Believe Realty Sdn Bhd, Plextige Properties Sdn Bhd dan Wingfield Properties.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain