suria

Suka iklan lucu, sayu atau beri inspirasi? Pilih video Tahun Baru Cina kegemaran anda dan menang banyak hadiah menarik

Tonton dan undi video Tahun Baru Cina kegemaran anda dan rebut peluang memenangi hadiah menarik.

MENARIKNYA mengenai Malaysia, setiap kali tibanya musim perayaan, pasti ramai daripada kita akan ternanti-nantikan variasi iklan menarik yang menyentuh jiwa.

Iklan yang mencuit hati atau menggamit memori cukup menaikkan lagi perasaan teruja menyambut perayaan tidak kira Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Hari Krismas mahupun Tahun Baru Cina.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahun Baru Cina menjelang tiba, ketahui 5 kelebihan makan limau mandarin

Ia adalah detik tahunan bagi rakyat negara ini kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuatkan kita ketawa mahupun menitiskan air mata apatah lagi dalam suasana pandemik ketika ini.

Iklan-iklan inilah menyatukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan membuatkan kita lebih memahami dan menghormati satu antara lain.

Atas dasar itu, Kumpulan Star Media (SMG) telah mengumpulkan beberapa video Tahun Baru Cina terbaik 2022 bagi menghargai iklan perayaan yang menghiburkan namun mengangkat pelbagai mesej dan makna yang mencerminkan erti sebenar perayaan itu.

Pastinya iklan-iklan tersebut akan membawa senyuman dan air mata kepada penonton.

How to Vote

Cara-cara mengundi iklan Tahun Baru Cina kegemaran anda.

Antara iklan Tahun Baru Cina terbaik telah dihimpunkan melibatkan penyertaan daripada pelbagai syarikat dan agensi termasuklah Tenaga Nasional Berhad menerusi TNB CNY 2022 – WonderFu Fortune, RHB (Chinese New Year 2022: A Spark For Change), Sunway Group (Soil for the Soul), Yoodo (CNY 2022 - Chinese New Year Pitch), 988 (Good Days to Come), Julie's (The Worst Feng Shui Master), MBSB Bank Berhad (CNY 2022: Keep Roaring), PETRONAS (366: Day 32) dan (Celcom) Celcom CNY 2022: With hope, comes prosperity.

Tidak ketinggalan Old Town White Coffee (Make it a prosperous New Year with OLDTOWN), Spritzer Group (ONG-ONG wishes and SUI-SUI dishes), Tropicana Corporation Berhad (Hands build a house, but hearts build a home), Digi (The Undivided Heart), Touch 'n Go eWallet (Hari-HariMau ONG!), IJM Land, Gamuda Land (Key to Happiness), Coway Malaysia (COWAY CNY 2022- “Drink More Water!”) dan Mamee Chef Curry (Luck-Sa).

Antara iklan lain yang turut mencuri perhatian adalah SEGi (What Does CNY Mean To Me?), Maxis (CNY 2022 Make Our Luck), Daikin Malaysia (Daikin CNY 2022: Legend of The Air Guardian), BSS Development (Matrix CNY 2022: Pattern to Prosperity), Watsons Malaysia (CNY Main Film 2022 #WatsonsGrandestHBY), Lotus's (Hari-Harimau Ong), Sunway Malls (Here's To A Wonder-Fu Year Ahead!), S P Setia (The Fú-Growers), Herbalife Nutrition (With One United Heart Comes Fortune & Luck), AIA Malaysia (AIA CNY 2022 | Journey to the WoW) dan MR D.I.Y (MR DIY CNY Webfilm 2022 - Family).

Tidak terhenti di situ, semua masyarakat Malaysia turut dijemput untuk memilih iklan Tahun Baru Cina paling menarik tahun ini selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat sempena perayaan itu.

Ikuti sahaja empat langkah mudah untuk mengambil bahagian.

Langkah 1 - Kunjungi laman berikut; Malaysia’s Most Engaging Chinese New Year Video

Langkah 2 - Tonton, pilih dan undi lima video terbaik yang mencuri perhatian anda, memberi inspirasi atau membuat anda menangis.

Langkah 3 - Jawab soalan ringkas selepas mengundi lima video terbaik dan berpeluang memenangi hadiah eksklusif daripada Kumpulan Media Star

Langkah 4 - Anda boleh kembali dan memilih seberapa banyak yang anda mahukan sepanjang tempoh kempen bermula.

Pengundian bermula pada 31 Januari 2022 dan berakhir pada 18 Februari 2022 manakala iklan Tahun Baru Cina terbaik dan pemenang akan diumumkan pada 4 Mac 2022.

Oleh itu, jangan lupa untuk saksikan video pilihan mana yang bakal menjadi juara.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain