suria

Tersenarai antara 10 negara paling banyak twit mengenai Kpop, Army Malaysia berjaya kumpul dana bantu mangsa banjir

Persembahan BTS menerusi lagu Permission To Dance on stage Los Angeles turut menyumbang 68 juta twit di seluruh dunia.

FENOMENA Korean Wave semakin mendominasi aktiviti di Twitter apabila jumlah twit di laman sosial itu sahaja mencapai 7.08 bilion di seluruh dunia pada tahun 2021.

Angka itu memecah rekod tahun sebelumnya dengan 6.7 bilion twit selain penggunaan tanda pagar #KpopTwitter semakin meluas dengan peningkatan sebanyak 16 peratus.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! Malaysia duduki tangga ke-10 obses dengan K-pop di TikTok

Malaysia berada di tempat ketujuh daripada 20 negara dengan twit terbanyak tentang Kpop sepanjang tahun lalu terutamanya berkaitan kumpulan BTS yang menjadi fenomena di seluruh dunia.

Tidak hanya di Malaysia, ikon Kpop itu turut memegang takhta sebagai artis Kpop paling banyak di twit secara global.

Manakala persembahan BTS menerusi lagu Permission to Dance on stage Los Angeles turut menyumbang 68 juta twit di seluruh dunia.

Tidak hanya juara di media sosial, peminat kumpulan itu yang menggelarkan diri mereka sebagai BTS Army Malaysia turut bergerak aktif termasuk terlibat dalam bantuan misi banjir yang melanda pada Disember tahun lalu.



ARMY Malaysia berganding bahu bersama-sama mengumpul dana untuk bantuan banjir kilat yang berlaku baru-baru ini.

Lebih membanggakan, BTS Army Malaysia berjaya mengumpul dana sebanyak RM10,747.48 yang disalurkan terus kepada mangsa banjir.

Indonesia muncul ditangga pertama sebagai negara yang paling banyak membuat twit mengenai Kpop selain Filipina, Korea, Thailand, Amerika Syarikat, Mexico, Brazil, India dan Jepun berada dalam 10 tangga teratas.

Sementara itu, 2021 merupakan tahun yang banyak membawa perkembangan kepada Korean Wave malah kemunculan artis-artis baharu seperti ENHYPEN, Stray Kids, aespa, dan ITZY mula menarik perhatian peminat.

Analisis yang dilakukan Unique Authors turut mendapati minat terhadap hiburan Korea tidak terhad kepada muzik tetapi berkaitan drama, filem, webtoon dan pelbagai jenis hiburan lain semakin mengukuhkan kedudukannya di persada dunia.

True Beauty, Sweet Home dan Navillera antara webtoon yang paling banyak dibincangkan di Twitter.

Drama dan webtoon yang memiliki soundtrack original penyanyi Kpop popular semestinya mendapat jumlah penonton yang tinggi seperti lagu “Sweet Night” oleh V dari BTS untuk drama Korea, Itaewon Class.



Rata-rata audiens mendakwah lagu-lagu dari album BTS meninggalkan kesan pada setiap pendengar.

Twitter terus melancarkan ciri dan program baharu yang menyampaikan kandungan #OnlyOnTwitter kepada peminat di mana-mana sahaja.

Selain memberikan sokongan kepada komuniti K-pop, Twitter juga memperluaskan keupayaan dan berkembang sebagai perkhidmatan untuk mempromosikan kandungan dari Korea.

Selain itu, Twitter turut menganjurkan sesi siaran langsung #TwitterBlueroom untuk filem dan drama yang diikuti dengan sesi soal Jawab bersama barisan pelakon The Book of Fish, King Maker, The Red Sleeve dan One Ordinary Day.

Dengan pengenalan Twitter Spaces pada tahun 2021, Twitter juga telah membuka lebih banyak peluang dan saluran untuk peminat dan artis berhubung, berkomunikasi dan membina hubungan yang lebih kukuh antara satu sama lain.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

kpop, bts, korea, malaysia

Artikel Lain