BIMBANG hilang atau dicuri, ada sesetengah pemilik kucing lebih gemar mengurung kucing kesayangan mereka dalam sangkar. Namun tindakan itu sebenarnya merupakan perbuatan yang dapat memberikan kesan negatif kepada kucing dan perlu dihindari sekiranya tiada sebarang keperluan berbuat demikian.ARTIKEL BERKAITAN: Ditinggalkan sendirian, bosan antara sebab kucing lebih aktif waktu malam Terdapat dua risiko utama membiarkan kucing duduk di dalam sangkar untuk tempoh yang lama, iaitu; 1. Lebih mudah alami tekanan Perkara utama yang akan berlaku jika berterusan mengurung kucing anda di dalam sangkar adalah si bulus akan berasa bosan dan tertekan. Perlu diingatkan bahawa kucing adalah haiwan liar dan bersifat teritorial - mereka memerlukan kawasan yang luas untuk melakukan pelbagai perkara tanpa sebarang sekatan. Jadi ketika kucing terus dikurung, pastinya mereka akan berasa bosan dan tertekan apatah lagi terpaksa duduk dalam kandang yang sempit. Apabila kucing dalam keadaan tertekan, haiwan ini akan lebih mudah jatuh sakit selain mendapat masalah kemurungan. 2. Menjadi lebih agresif Selain bosan dan tertekan, kucing yang terus menerus dikurung dalam kandang juga boleh berubah menjadi lebih agresif dan berubah sikap seperti lebih suka menggigit atau mencakar orang di sekelilingnya. Perubahan sikap itu sebenarnya satu tindak balas seolah-olah 'membalas dendam' kerana terlalu lama dikurung dan tidak dapat bergerak aktif. Bilakah waktu terbaik mengurung kucing di dalam kandang? Ada waktu tertentu anda boleh memasukkan kucing ke dalam sangkar seperti saat kucing betina melahirkan anak. Mengurungnya akan membolehkan pemilik memeriksa keadaannya sebelum dan selepas melahirkan. Kucing juga perlukan kebebasan. Anak-anak kucing yang baru sahaja dilahirkan juga lebih sesuai diletakkan di dalam kandang sehingga usianya mencecah dua tahun. Ini kerana sangkar boleh menjadi tempat perlindungan untuk anak-anak kucing. Ibunya juga lebih sesuai diletakkan dalam sangkar kerana lebih mudah mengawal pergerakan dan proses pemulihan selepas kelahiran. Selain itu, kucing yang sedang sakit lebih baik diasingkan agar tidak menjangkiti kucing lain. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI