DEK kerana minatnya terhadap pelbagai jenis ular, wanita ini pernah diberi pelbagai gelaran termasuk 'ibu segala ular' namun ejekan itu tidak pernah membuatkan dirinya terkesan. Dedah Nur Nina Farisha Woo Abdullah, dia kini dia mempunyai sebanyak 250 haiwan, bukan sahaja ular tetapi pelbagai reptilia lain dalam koleksinya.ARTIKEL BERKAITAN: Pendarahan, keputihan antara petunjuk kucing anda bakal alami keguguran Malah daripada minat terhadap reptilia, gadis yang lebih mesra disapa sebagai Nina ini berjaya membuka sebuah kedai haiwan peliharaan reptilia iaitu Brotherhood Reptiles sejak 2016. Menerusi kedai haiwannya itu, Nina menjual pelbagai reptilia seperti Reticulated Pythons (ular sawa), Cornsnakes (ular jagung), Kingsnakes (ular raja), Ball Pythons (ular sawa bola), Water Monitors (biawak air), Chameleons (sesumpah), cicak dan sebagainya. Biawak air jarang ditemui pada masa kini lebih-lebih lagi di era kepupusan reptilia. "Sebenarnya sejak dibangku sekolah saya memang minat kepada reptilia seperti ular dan ia sudah sinonim dengan saya sehingga ada menggelar saya sebagai 'ibu segala ular'. "Tidak hanya minat, saya turut menjadikan ia sebagai perniagaan dan menjualnya kepada rakan-rakan yang berminat dengan reptilia. "Tapi siapa sangka daripada minat saya menjadikan ia sebagai kerjaya apatah lagi sebenarnya ramai peminat haiwan jenis reptilia ini di Malaysia," ujarnya kepada mStar. Jelasnya lagi, minat terhadap reptilia itu juga datang daripada suaminya, Aiman Din, 25, yang sudah dikenalinya sejak zaman sekolah. Green Het Albino Iguana dan Reticulated Python yang memiliki sifat untuk menakutkan mangsa melalui tona warna. Malah lelaki itu juga yang memperkenalkan haiwan eksotik seperti ular, biawak, mengkarung dan pelbagai jenis reptilia lain kepadanya, selain mencadangkan untuk membuka kedai haiwan peliharaan yang terletak di Cheras, Kuala Lumpur. "Apabila dah minat sudah tentu semua perkara tentang haiwan itu kita kena kaji maka timbul pelbagai persoalan seperti di mana nak beli, tip penjagaan, haiwan jenis apa yang diminati dan sebagainya. "Daripada situ saya turut mengkaji minat pencinta haiwan tentang haiwan yang mereka suka dan timbul idea untuk membuka kedai haiwan peliharaan," katanya yang turut mempunyai seekor ular sawa batik yang diberi nama Uteh. Sementara itu, Nina yang juga graduan dalam bidang kejuruteraan menjelaskan perniagaan haiwan peliharaan reptilia bukanlah perkara mudah sebaliknya ia memerlukan ketelitian dan pemerhatian rapi dari masa ke semasa. Albino Ball Python dan Ball Python sekadar haiwan peliharaan Nina Grace yang bukan untuk dijual. Ini termasuklah soal kebersihan, makanan dan minuman dan menjaga kesihatan agar haiwan tidak berasa tertekan berada di dalam kandang apatah lagi haiwan yang terdapat di kedainya diimport dari Amerika Syarikat dan Afrika. "Banyak haiwan reptilia yang saya jaga, ada pelbagai peringkat termasuk dibela sejak kecil, remaja dan sudah meningkat dewasa. Keperluannya juga berbeza-beza mengikut usia. "Pemakanan dan kebersihan sangat penting bagi memastikan kebajikan terjaga dan sebenarnya bukan mudah menjaga haiwan peliharaan reptilia," jelasnya. Bercakap mengenai harga, Nina menjelaskan setiap haiwan dijual dengan harga berbeza-beza mengikut stok dan kualiti haiwan, namun masih berpatutan. Jenis Leucistic Reticulated Python, Double Headed Sulcata, Brazilian Salmon Pink Bird yang sukar ditemui masa kini. Dalam perkembangan sama, Nina berkata, meskipun mendapat kecaman daripada segelintir pihak mengenai minatnya itu namun dia tidak pernah berhasrat untuk menutup kedai haiwannya. Malah dia tetap bersemangat apatah lagi peminat haiwan reptilia ini semakin berkembang dan perminataannya tinggi. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI