suria

Daun pokok dalam rumah jadi hitam? Ini mungkin penyebabnya

Daun yang mati boleh disebabkan beberapa faktor.

SEJAK kebelakangan ini semakin ramai gemar membela pokok dalam rumah sebagai penyeri kediaman.

Bagaimanapun penjagaannya bukanlah semudah yang disangka dan masalah paling biasa berlaku adalah daun pohon senang bertukar menjadi kehitaman atau tanaman mati.

ARTIKEL BERKAITAN: Sesak nafas dalam rumah sendiri? Tanam sahaja 5 tumbuhan ini untuk hirup udara bersih

Perawatan pencegahan merupakan kaedah terbaik apabila berkaitan dengan daun pokok yang mudah rosak.

Berikut adalah beberapa penyebab daun tanaman berubah menjadi hitam atau mati.

77813768_s-1 (1)

1. Teknik menyiram

Periksa tanaman anda, adakah batang atau daunnya menjadi lembik? Masukkan jari anda sedalam 3 sentimeter atau lebih ke dalam tanah untuk merasai kadar air.

Over watering atau terlalu kerap menyiram air adalah kesalahan utama dalam menjaga pokok hiasan anda. Terlalu banyak air akan mencegah akar daripada mendapatkan oksigen dan menyebabkan akar membusuk.

2. Kandungan garam

Periksa permukaan tanah tanaman anda, adakah terdapat bintik-bintik berwarna putih seperti baja? Jika ya, ia merupakan tanda penumpukan garam.

Garam ini berasal daripada baja dan air yang digunakan dan kandungan garam berlebihan dapat menyebabkan tanaman dan daunnya mudah rosak.

Sebagai penyelesaian segera, keluarkan tanah yang mempunyai bintik-bintik putih atau menukar tanaman ke dalam bekas baharu jika kerosakannya sudah teruk.

kak-uhazhivat-za-anturiumom_11 4234.com

3. Sistem saliran tersumbat

Pastikan sistem saliran tanaman anda dalam keadaan baik iaitu lubang di bahagian bawah pasu tidak tersumbat.

Sebaik-baiknya sebelum menambah tanah dalam pasu, letakkan lapisan batu di bahagian paling bawah agar air tidak berkumpul pada akar tumbuhan.

Jika tanaman ditanam dalam bekas tertutup, jangan terlalu kerap menyiram air.

4. Baja

Tanaman hiasan juga memerlukan baja agar ia tetap sihat dan kuat. Tetapi baja berlebihan boleh menjadi faktor daun tanaman boleh rosak dan menjadi hitam.

siram-air (1)

5. Suhu dan kelembapan

Jika tanaman diletakkan di dalam ruang dengan suhu rendah dan berhawa dingin, ini boleh menjadi penyebab daunnya bertukar menjadi hitam.

Sebahagian besar tanaman hiasan berasal dari negara tropika dan boleh hidup segar dengan suhu panas dan lembab. Pastikan anda meletakkan tanaman di tempat sesuai agar ia tetap mendapat nutrisi diperlukan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain