suria

Ramai masih kurang mahir guna MS Excel, ini kelebihan dan kekurangannya

Excel sangat penting untuk memudahkan pengiraan dan pengolahan data melibatkan nombor.

BERBEZA dengan aplikasi Microsoft yang lain, Excel sangat penting untuk memudahkan pengiraan dan pengolahan data nombor atau angka. Aplikasi ini berbentuk jadual yang dipanggil 'speardsheet'.

Aplikasi Excel ini juga berfungsi mengira aritmetik dan juga statistik. Lebih spesifik, ia digunakan untuk membuat laporan kewangan, melakukan daftar nilai dan daftar kehadiran, dan menghasilkan grafik data.

Excel sangat penting untuk memudahkan pengiraan dan pengolahan data nombor atau angka

ARTIKEL BERKAITAN: Windows 11 kini boleh dikemas kini, ketahui fungsi dan ciri terbaharunya!

Walaupun Excel menjadi pilihan ramai, tetapi ia mempunyai kepentingan dan keburukannya tersendiri.

Kelebihan Microsoft Excel

1. Mudah digunakan.

Aplikasi ini sangat mudah digunakan untuk memasukkan data nombor. Jadi, mudah untuk pengguna menggunakan aplikasi tersebut untuk kerja- kerja berkaitan data.

2. Mempunyai reka bentuk membuat grafik data

excel-beginner-840x560

Berbanding aplikasi Microsoft yang lain, Excel mempunyai kelebihan dalam membuat grafik data. Antara grafik yang terdapat di dalam Excel adalah jadual, carta bar, diagram garis, dan carta pai.

3. Mampu menyimpan data yang besar

Selain membuat grafik data, Excel mampu menyimpan data yang besar. Pengguna berasa seronok menggunakan Excel dan tidak perlu berfikir soal isu yang bersaiz besar.

4. Mudah dikendalikan dengan menggunakan rumus dan logik

Oleh kerana aplikasi yang mudah dikendalikan, pengguna lebih gemar mengakses Excel untuk membuat kerja yang berkaitan data. Ini akan memudahkan kehidupan pengguna menggunakan rumus dan logik yang disediakan dalam Excel.

Keburukan Microsoft Excel

1. Sukar digunakan bagi pengguna baharu

Confused businesswoman annoyed by online problem, spam email or fake internet news looking at laptop, female office worker feeling shocked about stuck computer, bewildered by scam message or virus

Bagi pengguna yang belum mahir atau masih baru dengan aplikasi Excel ini, mereka sukar untuk menjalankan dan mengoperasikan serta mengolah data. Ini kerana mereka belum memahami sebetul-betulnya bagaimana cara menggunakan aplikasi ini.

2. Harga langganan yang mahal

Untuk menggunakan Excel,pengguna harus memuat turun dahulu. Tetapi, untuk mengakses aplikasi Microsoft Excel pengguna haruslah melanggan aplikasi tersebut dahulu. Pastikan Excel tersebut adalah aplikasi yang original, bukanlah daripada sumber yang meragukan.

3. Salah rumus akan memberikan impak pada data

Apabila menggunakan Excel haruslah berhati- hati memasukan data. Apabila salah memasukkan rumus, ia akan memberikan impak yang besar kepada data yang dihasilkan. perkiraan akan menjadi tidak tepat atau tidak boleh dibaca. Pengguna perlu melakukan semula untuk menyelesaikan isu tersebut. Hal ini akan memakan masa.

4. Mengambil masa yang agak banyak

Walaupun Excel adalah aplikasi yang mudah untuk memasukkan data, tetapi ia juga akan memakan masa yang agak banyak untuk memasukkan data ke dalam secara manual. Ini biasanya terjadi apabila data tersebut dalam jumlah yang banyak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain