suria

Oyen pun nak balik kampung! Ini 5 tip agar kucing anda selesa dalam perjalanan

Kucing mudah berasa tertekan dan pastikan ia tetap selesa dalam perjalanan yang jauh.

BAGI pemilik kucing, bukan mudah untuk meninggalkan haiwan kesayangan itu di rumah pada musim perayaan kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Disebabkan itu, ramai yang turut membawa pulang si bulus ke kampung halaman agar kebajikan mereka tetap terjaga.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing obses dengan manusia? Ada sebab mengapa si bulus asyik menempel dengan tuannya

Membawa kucing menaiki kenderaan untuk perjalanan yang jauh sebenarnya tidak sukar tetapi ada baiknya sebagai pemilik kita bersedia untuk mengelakkan sebarang masalah.

cat-hanging-out-of-car-window

Tak sanggup tinggalkan kucing sendirian di rumah? Bawa sahaja ia pulang ke kampung.

Ini kerana, ada kucing yang mudah tertekan ketika terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang termasuk ada yang berasa takut apabila mendengar bunyi kenderaan.

Tekanan terhadap kucing dapat memberikan kesan kepada diri mereka termasuk sakit dan ada pula yang cuba melarikan diri kerana tidak tahan dengan keadaan di dalam kereta.

Untuk mengelak daripada terjadinya perkara-perkara tidak diingini, terdapat lima perkara yang perlu dilakukan jika ingin membawa pulang kucing ke kampung.

orcv1wciyswganywyoa7

1. Letakkan kucing dalam sangkar mudah alih

Kandang kucing adalah alternatif paling mudah dan selamat ketika membawa kucing berjalan jauh. Sebaik-baiknya, gunakan sangkar yang boleh dibuka dan ditutup dengan mudah agar membolehkan ia keluar dan masuk dengan mudah.

Dengan menggunakan sangkar, kucing tidak akan banyak bergerak dan mengurangkan tekanan kepadanya.

Jangan lupa letakkan alas yang empuk agar kucing berasa selesa di dalam sangkarnya.

usqmoccbdtxj9ywl1jkf

2. Biar kucing makan sebelum berangkat

Sebelum memulakan perjalanan, adalah lebih baik kucing diberikan makanan dan minuman yang cukup. Ini kerana sepanjang perjalanan, mungkin sukar untuk memberikannya makanan dan minuman.

Selain itu, pastikan kucing membuang air kecil dan besar terlebih dahulu, agar ia tidak buat hal di dalam kereta.

lg17v6w5bgua2cehhswe

3. Bawa makanan dari rumah

Bawa bekalan makanan kucing dari rumah kerana siapa tahu di tempat anda tidak dijual jenama makanan kucing kegemaran si bulus.

Jangan sampai ia mogok tidak mahu makanan daripada jenama lain!

damnvragguqghooamh2c

4. Berhenti di R&R

Bagi mengelakkan kucing berasa stres, pastikan anda berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) bagi membolehkan kucing berlari-lari di taman dan mengurangkan tekanan selepas terkurung dalam sangkar untuk tempoh yang lama.

Pastikan pakaikan tali di lehernya agar pergerakannya mudah dikawal.

lt8f4bgiucmjwkjyff3n

5. Elak strok haba

Pastikan penghawa dingin sering dinyalakan sepanjang perjalanan agar kucing berasa selesa di dalam sangkarnya.

Ini kerana kucing mudah terkena strok haba apatah lagi sekiranya ia mempunyai bulu yang tebal.

Tanda-tanda kucing mengalami strok haba adalah pernafasannya menjadi cepat, gelisah, air liur meleleh, muntah dan pengsan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain