PASTINYA ramai daripada kita sudah tidak sabar untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga di kampung halaman selepas dua tahun tidak dapat menyambut perayaan itu disebabkan penularan Covid-19. Menjelang Aidilfitri tidak lama lagi, kita juga pasti sibuk menyiapkan pelbagai persiapan seperti membeli baju baharu, membuat biskut raya dan tidak kurang yang mengecat rumah agar kelihatan ceria di pagi raya. ARTIKEL BERKAITAN: Gaya Raya Luar Biasa, Watsons tawar hadiah bernilai sehingga RM3 juta! Di penghujung Ramadan ini juga, tradisi wajib pastinya ramai ternanti-nantikan iklan raya yang mencuit hati atau menggamit memori dalam menaikkan lagi mood kedatangan Aidilfitri. Ia adalah satu detik tahunan yang kita nantikan kerana iklan-iklan ini tidak pernah gagal membuat kita ketawa atau menitiskan air mata. Bersempena hari raya tahun ini, Kumpulan Star Media sedang mencari iklan raya paling menarik pada musim perayaan ini. Pelbagai hadiah menarik menanti peserta yang menyertai peraduan ini. Rakyat Malaysia juga dijemput untuk menyertai keseronokan ini dengan mengundi iklan Hari Raya kegemaran anda. Tidak hanya itu, peserta juga berpeluang memenangi hadiah dan barangan eksklusif apabila mereka berkongsi perkara yang menjadikan hari raya mereka benar-benar bermakna pada tahun ini. Sertai dengan tiga langkah mudah ini; Tonton: Layari http://sites.thestar.com.my/nationschoiceawards/rayavideos2022 dan tonton iklan raya yang digemari. Undi: Log masuk dan undi video kegemaran. Anda boleh mengundi sebanyak lima kali sehari. Ulang: Anda boleh melayari dan mengundi berulang-kali sepanjang kempen berlangsung iaitu 25 April sehingga 20 Mei 2022. Pemenang akan diumumkan pada 7 Jun 2022, nantikan! Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI