suria

Shopping sambil cuci mata dan berhibur! The LINC KL meriah habis sepanjang Ramadan, Syawal

Semua dijemput hadir ke The LINC KL bagi memeriahkan lagi suasana sambutan Hari Raya.

AIDILFITRI tiba lagi! Semakin Syawal menghampiri, kemeriahan suasana beraya di desa sudah dapat dirasakan terutama bagi penghuni kota, sekali gus hati meronta-ronta mahu pulang ke kampung.

Sudah pasti banyak persiapan perlu dibuat termasuklah memikirkan hiasan terbaik untuk mencantikkan rumah, menempah aneka biskut raya dan paling penting memastikan fesyen baju raya dibeli mengikut trend.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakar 30 minit, muncul mesej istimewa... Pemuda ini giat hasilkan lilin beraroma, ada pelanggan beli buat ‘gender reveal’

Tapi tunggu dulu! Sebelum pulang bertemu ibu ayah dan ahli keluarga tercinta, apa kata singgah dulu ke The LINC KL yang ‘happening’ dengan aneka aktiviti sepanjang Ramadan dan Syawal ini.

63816763-5aba-4eeb-8925-ba44e0b5d28b

Antara dekorasi yang terdapat di pusat beli belah ini dengan ciri gabungan tradisi-moden seni Wayang Kulit.

Menariknya lokasi ini, selain dekorasi indah dan berwarna-warni sempena kempen Nostalgia Aidilfitri di Desa bermula 8 April hingga 31 Mei 2022, ‘mood’ raya anda pasti bangkit apabila banyak elemen tradisi dan kraftangan tempatan turut ditonjolkan.

Pengunjung pasti terpesona sebaik sahaja melangkah masuk ke pusat beli belah ini apabila dekorasi rayanya sarat dengan ciri gabungan tradisi-moden seni Wayang Kulit dalam suasana kampung sekitar awal era 70an.

Karektor-karektor Wayang Kulit ini direka oleh Fusion Wayang Kulit, sebuah kumpulan wayang kulit yang komited dalam mengembalikan tradisi wayang kulit secara moden serta digital supaya budaya ini dapat dijaga dengan rapi di tanah air dan dalam masa yang sama berkembang secara antarabangsa sebagai salah satu bentuk hiburan.

ecc673e1-96a7-4c33-af38-9f0384da4c65

Dekorasi yang akan menarik perhatian pengunjung.

Sedia menerima kunjungan tetamu bermula jam 10 pagi hingga 10 malam, anda dapat melihat dan merasai suasana ini hampir di segenap ruang pusat beli belah bermula dengan pintu masuk utama, lobi, ruang acara, laman tengah dan juga ruang bersama.

Berikut aktiviti menarik yang telah disusun untuk memberi lebih keriangan buat pengunjung The LINC KL.

Pic 1

1. Pameran Seni ‘Suasana Hari Raya’ oleh Persatuan Seniman SeITA

Mempamerkan siri karya lukisan kanvas bertemakan Hari Raya yang oleh 21 artis tempatan.

Tarikh: 1 April hingga 22 Mei 2022 (setiap hari)

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Ruang acara, Aras 2

Kemasukan: Percuma

Pic 2

2. Bazar Raya

Menampilkan pelbagai barangan perayaan dan produk artisan seperti kuih-muih, barangan kraftangan, beg, fesyen dan produk kesihatan untuk semua.

Tarikh: 22 hingga 24 April 2022 (Jumaat hingga Ahad)

Masa: 10 pagi hingga 8 malam

Tempat: Laman Tengah, Aras 1

Pic 3

3. Kraf Ramadan: Pop Up S’Cool oleh Cardboard Country Enterprise

Rasai pengalaman mencipta kraftangan sendiri menggunakan kadbod. Daftar mengambil bahagian melalui shorturl.at/myCIV.

Tarikh: 1 April hingga 31 Mei 2022 (Rabu hingga Ahad)

Masa: 10 pagi hingga 9 malam

Tempat: Ruang dalam pusat beli belah, Aras 1

Pic 4

4. Foto: Fusion Wayang Kulit

Persembahan Hari Raya

Bersiap sedia untuk dihiburkan dengan pelbagai persembahan tarian dan muzikal raya oleh Raya Busker (3 petang), Tarian Melayu Tradisional (3.30 petang) dan pertunjukan Wayang Kulit (4 petang).

Tarikh: 7 hingga 8 Mei 2022 (Sabtu dan Ahad)

Masa: 3 petang hingga 4.30 petang

Tempat: Laman Tengah, Aras 1

Pic 5

5. Sumbangan Amal untuk The Assembly Soup Kitchen

Peluang untuk menderma dengan setiap pembelian satu pek granola berharga RM5 yang dibuat khusus oleh belia berkeperluan khas. Semua hasil akan disalurkan kepada The Assembly Soup Kitchen.

Tarikh: 20 April hingga 31 Mei 2022 (setiap hari)

Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Tempat: Mesin layan diri Raya (Raya Vending Machine), Aras 1 (sebelah Tealive)

4b6b7e72-d82a-4e68-a024-46e77622c462

6. Kapsul Raya oleh Sony Music Entertainment Malaysia

Jangan lepaskan peluang menyaksikan persembahan ‘cover’ lagu khas Raya menampilkan Harris Alif, Vanessa Reynauld, Aisha Retno dan Waheeda Bonn dari Bahiyya Haneesa dan Qiff & Syabil melalui saluran Facebook dan Instagram The LINC KL.

Tarikh: 22 April hingga 13 Mei 2022 (Jumaat)

Saluran: www.facebook.com/thelinckl

Ayuh jangan berlengah lagi. Jom meriahkan The LINC KL dan secara tak langsung dapat sama-sama menaikkan kembali semangat Aidilfitri setelah dua tahun tidak dapat beraya sakan.

Layari Facebook The LINC KL atau ikuti Instagram @thelinckl untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berhubung acara yang berlangsung sepanjang April dan Mei ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain