suria

Promosi raya 30 peratus di hoolah Malaysia... Rebut jangan tak rebut!

Kempen #hoolahlahitsraya menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus serta beberapa hadiah eksklusif untuk dimenangi.

NAMPAKNYA kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba semakin dirasai! Maklumlah sudah hampir setahun tidak dapat pulang ke kampung halaman ekoran penularan wabak Covid-19.

Sana sini orang ramai mula melakukan persiapan menyambut lebaran dengan membeli pakaian baharu, produk kecantikan, peralatan serta aksesori rumah dan sebagainya.

ARTIKEL BERKAITAN: Main Lego jadi terapi... Kini ada koleksi botanik, sesuai dijadikan hadiah Hari Ibu

Namun dalam kesibukan membuat persiapan, ada juga yang masih berasa bimbang untuk bersesak-sesak ke tempat tumpuan bagi membeli barangan persiapan raya, tetapi itu bukannya masalah besar.

Ini kerana hoolah Malaysia baru sahaja melancarkan kempen #hoolahlahitsraya yang menawarkan diskaun sebanyak 30 peratus serta beberapa hadiah eksklusif untuk dimenangi. Menarik, bukan?

Bermula sekarang sehingga 15 Mei, bayar dengan hoolah dan nikmati diskaun 30 peratus (terhad RM30) untuk semua pesanan dalam talian dan di kedai tanpa perbelanjaan minimum.

Hoolahlah Raya [Campaign] KV

Kempen #hoolahlahitsraya bermula sejak 4 April hingga 15 Mei 2022.

Ada pelbagai rangkaian pilihan barangan yang boleh pelanggan nikmati merangkumi kecantikan, fesyen sehinggalah barangan rumah termasuk kedai Muslimah terbaharu iaitu Qiszar, Shawlpublika dan Diyana Halik.

Tambahan pula pelanggan yang #hoolahit dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam tempoh kempen layak menyertai program hadiah Raya hoolah secara automatik.

Apa yang anda perlu lakukan hanyalah daftar keluar dengan hoolah di mana-mana kedai dalam talian atau fizikal di Malaysia dan pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang hadiah hebat.

Manakala peraduan hadiah utama media sosial #hoolahlahitsraya, pemenang berpeluang membawa pulang sebuah TV Pintar Samsung 55 inci, iPhone 13 Pro bagi pemenang tempat kedua manakala Apple Watch SE ditempat ketiga.

Selain itu, sertai peraduan media sosial dua kali seminggu hoolah dengan memperagakan gaya #RayaOOTD dan #RayaBeautyLook anda dengan tag @hoolahmy di Instagram.

Sepuluh peserta bertuah akan memenangi hadiah tambahan daripada kedai fesyen dan kecantikan seperti Inhanna dan Sweet Peachier.

Apa jenama yang mengambil bahagian dalam kempen ini? Berikut adalah senarai yang boleh anda pilih:

A. Kecantikan

Strraw

1. Strawberrynet MY (6 April-30 Jun)

Sempurnakan gaya raya anda dengan Strawberrynet dan nikmati diskaun 8 peratus di seluruh laman (belanja minimum RM340) apabila anda membeli barangan penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan wangian kegemaran anda.

Nikmati juga potongan RM60 dengan perbelanjaan minimum RM350 apabila anda mendaftar keluar dengan hoolah. Dengan lebih 33,000 item daripada lebih 800 jenama, beli barangan keperluan anda untuk mencipta gaya Raya yang sempurna!

B. Fesyen

Inhanna Edited

1. Inhanna (1- 30 April)

Sempurnakan #RayaOOTD anda dengan Inhanna, yang menawarkan produk untuk semua golongan, lelaki, wanita malah kanak-kanak!

Untuk meraikan Se-hati Eidul Fitri, Inhanna menawarkan diskaun 10 peratus untuk semua koleksi selain tambahan 30 peratus promosi #hoolahlahitsraya apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Sepanjang bulan April, cari pakaian idaman anda dan belanja RM2,000 untuk produk Inhanna bagi mendapatkan peluang memenangi hadiah termasuk pembersih vakum Dyson Cyclone V10 Fluffy, set lengkap Inhanna untuk keluarga atau wang tunai RM1,000!

Alhumaira Edited

2. Alhumaira (8 April-1 Mei)

Bermula 8 April - 1 Mei, nikmati diskaun sehingga 30 peratus untuk koleksi Alhumaira SempurnaRaya2022 dan lengkapkan pilihan anda dengan pelbagai pilihan hijab yang selesa dan bercita rasa tinggi.

Selain itu, nikmati tambahan diskaun RM25 dengan baucar hoolah menerusi perbelanjaan minimum RM100 apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Pazzion_4 Edited

3. Pazzion (9 April-8 Mei)

Cari kasut impian anda untuk #RayaOOTD daripada Pazzion MY yang menampilkan pelbagai pilihan kasut wanita daripada sandal kasual, kasut rata balet, kasut tumit tinggi klasik sehinggalah kasut tumit perkahwinan yang elegan. Pasti temui kasut yang menepati gaya anda!

Raikan musim perayaan ini dengan promosi Raya mereka dan dapatkan rebat sehingga RM100 berserta tambahan diskaun 30 peratus apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Alia Bastamam_4 Edited

4. Alia Bastamam (11-24 April)

Khusus bersempena Ramadan, nikmati diskaun sehingga RM40 sewaktu membeli koleksi Alia B “DREAMS” dan bayar menggunakan hoolah.

Tampil bergaya dengan koleksi indah jenama terkenal itu yang diinspirasikan ciri feminin dengan sentuhan glamor. Di samping itu, daftar keluar dengan hoolah untuk memperoleh tambahan diskaun 30 peratus.

Mimpikita_1 Edited

5. Mimpikita (April-Mei)

Sebuah jenama fesyen kontemporari sederhana yang mencipta pakaian indah dan ringkas untuk Gadis Kita yang menggemari gaya moden untuk seharian. Mimpikita meraikan semua wanita untuk mewujudkan komuniti yang bersifat inklusif.

Tampil bergaya dengan mudah di musim raya ini dan dapatkan cetakan unik dengan koleksi Raya terkini mereka, Tentang Kita.

Shawlpublika_2 Edited

6. Shawlpublika (1-30 April)

Peneraju baju kurung sari Malaysia, Shawlpublika telah melancarkan koleksi raya terkini mereka - SPRAYA2.0 dan SPRAYA22 - bertepatan dengan musim raya.

Dapatkan sari istimewa yang menggabungkan rekaan baju kurung tradisional dan doll-top kontemporari malah terdapat pilihan untuk kanak-kanak agar satu keluarga dapat tampil sedondon.

Qiszar_Timeless Raya_2 Edited

7. Qiszar (1-30 April)

Untuk meraikan raya dengan bergaya dan mengikut trend, segarkan almari pakaian anda dengan koleksi Timeless Raya 2022 Qiszar yang menawan. Kemudian nikmati diskaun sehingga 32 peratus, serta tambahan diskaun 30 peratus apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Diyana Edited

8. Diyana Halik (1-30 April)

Raikan Aidilfitri dengan koleksi Faith-Raya 2022 Diyana Halik untuk pakaian berciri kontemporari penuh gaya, dan nikmati diskaun 30 peratus apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

C. Rumah & Gaya Hidup

Medklinn Edited1

1. Medklinn

Lindungi diri dan keluarga anda dengan produk Medklinn yang mampan dan bebas bahan kimia untuk membersihkan dan nyahkuman persekitaran anda dengan selamat. Musim raya ini, nikmati penjimatan hebat sehingga RM180 dengan Pek Kombo Safety+.

Khusus untuk pengguna hoolah, menangi Medklinn Autoplus (bernilai RM489) untuk Balik Kampung & Pandu Dengan Selamat! Daftar keluar dengan hoolah untuk tambahan diskaun 30 peratus.

Kenwood_1 Edited

2. Kenwood (sekarang - 2 Mei)

Meriahkan sambutan Aidilfitri ini bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pilihan peralatan rumah dan dapur Kenwood yang mampu meningkatkan pengalaman kulinari anda. Cipta hidangan yang bukan sahaja lazat dan sempurna.

Sebahagian tawaran Istimewa Hari Raya Kenwood, dapatkan penjimatan sehingga 21 peratus untuk peralatan terpilih, dengan tambahan diskaun 30 peratus apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

Delonghi_4 Edited

3. Delonghi (sekarang - 2 Mei)

Pencinta kopi, ini untuk anda! Bancuh kopi yang sempurna untuk anda di waktu pagi dengan pembuat kopi, Delonghi.

Bermula 21 Mac hingga 2 Mei, tingkatkan pengalaman pembuatan kopi anda sambil menikmati penjimatan sehingga 30 peratus dengan tawaran Istimewa Hari Raya, di samping tambahan diskaun 30 peratus apabila anda daftar keluar dengan hoolah.

BoConcept_2 Edited

4. BoConcept (1 - 30 April)

Ubah gaya ruang tamu anda dan cipta kediaman idaman anda dengan kelengkapan daripada BoConcept, merangkumi sofa, kerusi, meja, katil, ruang simpanan dan aksesori yang direka di Denmark.

Dengan pelbagai rekaan untuk dipilih, ubah suai rumah anda dan diami ruang yang membawa kegembiraan buat anda. Cari perabot yang menepati cita rasa dan personaliti anda dengan bantuan pasukan Rekaan Dalaman di BoConcept.

Sepanjang bulan April, daftar untuk mendapatkan khidmat hiasan dalaman mereka dan nikmati diskaun 20 peratus dengan perbelanjaan minimum RM20,000! Di samping itu, daftar keluar dengan hoolah untuk tambahan diskaun 30 peratus!

ITSU Edited

5. ITSU World (7 April - 19 Jun)

Dengan pengalaman menjangkau 20 tahun dalam industri refleksologi, ITSU World menggunakan teknologi termaju mereka untuk membawakan kepada anda kepuasan muktamad yang anda impikan.

Rasai pengalaman urutan profesional di dalam keselesaan rumah anda dengan promosi Syoook Raya ITSU World sehingga diskaun 75 peratus untuk produk terpilih. Gunakan kod ‘raya1000’ untuk mendapatkan diskaun RM1,000.

Untuk menebus baucar Raya 30 peratus anda, hanya perlu tebus ia melalui aplikasi hoolah dalam ‘Ganjaran Saya’ apabila anda daftar keluar - ringkas dan mudah!

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain