suria

Amerika Syarikat antara 55 negara ‘gilakan’ mi segera, Malaysia di tempat ke berapa? 

Mi segera memang digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

MI segera bukan sahaja murah dan mempunyai pelbagai pilihan, malah cukup mudah dimasak sehingga digemari oleh segenap lapisan masyarakat.

Meskipun makan mi segera terlalu kerap boleh memberi kesan buruk terhadap kesihatan, namun masih ramai menjadikannya ia sebagai makanan pilihan terutama ketika malas memasak atau bajet pada hujung bulan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wow! MyKuali Penang White Curry Noodles antara 10 mi segera terbaik pilihan pengkritik makanan AS

Di Malaysia sendiri, terdapat lambakan mi segera di pasaran sehingga setiap pasar raya akan menyediakan lorong dan rak khas menjual pelbagai jenama bagi produk itu.

Perkara tersebut turut dibuktikan dengan data terbaharu yang dikeluarkan World Instant Noodles Association (WINA) yang mengeluarkan senarai negara paling banyak mengambil mi segera.

image

Mi segera juga digemari oleh masyarakat di Amerika.

Data yang dikeluarkan pada 2021 itu menunjukkan Malaysia berada di tangga ke-13 daripada 55 buah negara yang disenaraikan.

Carta itu diungguli oleh China dan Hong Kong sebagai negara paling banyak makan mi segera disusuli oleh negara jiran, Indonesia di tempat kedua.

Produk terkenal Indomie juga malah berjaya memasuki carta 10 mi segera terbaik dan menjadi kegemaran ramai di seluruh dunia.

Paling mengejutkan dalam senarai 10 teratas, Amerika Syarikat berada di kedudukan keenam dengan 5.050 juta orang di negara itu gemar memakan mi segera.

Man eating a cup instant noodles.

Mi segera mudah dimasak dan tidak memerlukan masa yang panjang.

Manakala Jepun pula berada di tempat kelima dengan 5.9 juta penduduknya makan mi segera. Angka itu bukan sesuatu mengejutkan kerana budaya di Jepun gemar menikmati makanan itu.

Apatah lagi gaya hidup yang cepat membuatkan ramai memilih makanan itu kerana mudah dan 'mengenyangkan'.

Menurut WINA, India mencatatkan 6.73 juta penggemar mi segera dan perasa paling popular adalah sayur-sayuran dan kari kerana kebanyakan penduduk di negara itu adalah vegeterian.

Tidak hanya itu, mi segera di India juga banyak dijual dalam paket kecil yang disebut sebagai chota packs iatu makanan ringan untuk kanak-kanak.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain