suria

Bakar 30 minit, muncul mesej istimewa... Pemuda ini giat hasilkan lilin beraroma, ada pelanggan beli buat ‘gender reveal’

photo6248804243607761051

PERNIAGAAN secara kecil-kecilan bagi menambah pendapatan bukan sesuatu yang baharu dalam kalangan penuntut universiti.

Ada yang bermula sebagai ejen, stokis atau dropship produk sedia ada dalam pasaran, tak kurang juga yang mengusahakan bisnes mengikut minat dan kemahiran sendiri.

Bagi pemuda bernama Muhammad Wafi A'sh Izani, dia terinspirasi untuk menceburi bisnes membuat lilin beraroma daripada TikTokers dari United Kingdom, @rob_hoad.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda tanam sayur organik atas bumbung mall, pelanggan boleh pilih dan petik sendiri... Ikan talapia merah pun ada!

"Tetapi lilin yang dijual sangat mahal dan ia tidak termasuk dengan kos penghantaran. Saya difahamkan kos penghantaran jauh lebih mahal berbanding barang yang ingin dibeli.

photo6248804243607761099

Wafi menghasilkan lilin secara kecil-kecilan di rumahnya.

"Jadi saya terus ambil peluang ini dan belajar menghasilkan lilin. Lebih kurang 20 kali percubaan untuk menghasilkan produk yang berjaya tanpa cacat cela," ujar mahasiswa tahun akhir di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam ini.

Kini, Wafi sudah memiliki jenama lilin beraroma dengan mesej rahsia sendiri dikenali sebagai Hanae Candle.

Ujar Wafi, sudah menjadi adat berniaga apabila dia turut berdepan dengan pelbagai dugaan di awal pembabitannya dalam perniagaan yang memerlukan daya kreativiti yang tinggi.

Lebih kurang 20 kali percubaan untuk menghasilkan produk yang berjaya tanpa cacat cela.

MUHAMMAD WAFI

PEMILIK HANAE CANDLE

"Selama dua bulan saya cuba untuk mencari kaedah yang betul. Awal-awal dulu lilih yang dihasilkan tidak mengeluarkan bau harum selain tekstur yang tidak menepati kehendak.

"Sejujurnya saya belajar untuk membuat lilin daripada YouTube dan juga Google. Saya cari pembuat lilin yang sudi berkongsi ilmu tentang pembuatan lilin dan ikut setiap langkah dengan teliti.

"Berkat dorongan keluarga, usaha saya untuk menghasilkan lilin yang berkualiti akhirnya membuahkan hasil," katanya kepada mStar baru-baru ini.

Mesej rahsia

Bercerita lanjut tentang mesej tersembunyi di dalam produk keluarannya, Wafi berkata pelanggan atau penerima lilin berkenaan hanya akan mengetahui tentang hal itu selepas 30 minit ia dinyalakan.

Namun kata Wafi, mesej yang ingin disampaikan hendaklah secara ringkas dan padat sesuai dengan size lilin yang dihasilkan.

Tambah penuntut pengajian bidang pengurusan hartanah ini lagi, dia juga pernah menerima tempahan daripada seorang wanita yang mahu mendedahkan tentang jantina bayi dalam kandungannya.

photo6248804243607761069

Produk yang dihasilkan Wafi semakin menerima sambutan ramai.

"Saya pernah dapat pesanan daripada seorang wanita hamil yang ingin mendedahkan jantina bayi kepada suaminya.

"Saya rasa sangat comel menggunakan kaedah pembakaran lilin untuk mengetahui jantina anak mereka," tambah Wafi.

Hanae Candle mampu milik

Pemilihan nama Hanae Candle ini diinspirasikan daripada bahasa Jepun yang bermaksud mekar dan ia sesuai dengan bauan bunga yang dihasilkan daripada lilin tersebut.

Buat masa ini terdapat tiga variasi bauan yang boleh dipilih mengikut kesukaan pelanggan iaitu Vanilla, Tutty Fruity, dan Lavender.

photo6248804243607761051

Wafi turut berdepan masalah di awal penghasilan lilin beraroma.

Setiap lilin boleh memuatkan 15 huruf dan dijual pada harga RM32.90.

Bagaimanapun pembelian dua lilin dalam satu kotak adalah pada harga RM62.90 diikuti RM86.90 bagi tiga lilin.

Ujar Wafi seiring dengan perkembangan perniagaan digital, dia menjual hasil seninya itu menerusi platform e-dagang dan Instagram.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain