suria

Kucing pun tahu sejuk? Fahami simptom si bulus jika alami suhu badan turun mendadak

Kucing yang berada di dalam rumah juga terdedah kepada kesejukan. 

RAMAI yang beranggapan bahawa si bulus sering berasa panas berbanding sejuk kerana memiliki bulu yang tebal.

Namun jangan salah sangka kerana kucing juga boleh merasa sejuk sama seperti manusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada 5 tempat kucing suka tidur, salah satunya bilik tuan sendiri... kenapa ya?

Menerusi laporan Daily Paws, pakar membahaskan mengenai kemungkinan kucing berasa sejuk.

istock-1062620164_unrestricted_1110x800

"Kebanyakan kucing menangani rasa sejuk dengan sangat baik. Kucing yang terbiasa menghabiskan masa di luar rumah tahu waktu untuk pulang," ujar seorang doktor haiwan, Michael Arpino yang bertugas di Veterinary Wellness Centre Boerum Hill di Brooklyn, New York, Amerika Syarikat.

Bagaimanapun dalam kedinginan malam terutamanya pada suhu yang esktrem, anda tidak boleh meninggalkan si bulus di luar rumah.

Hakikatnya kucing yang berada di dalam rumah juga berkemungkinan boleh berasa sejuk.

"Cara untuk mencegah kucing kesejukkan adalah dengan menyediakan tempat yang nyaman dan selesa untuk mereka," kata seorang lagi doktor haiwan di Bond Vet New York City, Amerika Syarikat, Zay Satchu.

vital-signs-e1424284739292

Persoalannya berapakah suhu yang terlalu sejuk buat kucing?

Jelas Arpino, dalam peraturan umum suhu di bawah 7.2 darjah Celcius adalah terlalu sejuk.

Jika suhu menurun di bawah titik beku, kucing berisiko tinggi untuk terkena hipotermia apabila mereka berada di luar rumah pada waktu yang lama.

Bagi kucing yang tidak mempunyai bulu, Arpino menjelaskan bahawa ia tidak boleh dibiarkan berada dalam cuaca yang lebih dingin.

Nasihatnya agar sediakan selimut untuk kucing yang tidak mempunyai bulu.

fat-cat-superJumbo

Selain itu kucing yang gemuk mungkin dapat menangani rasa sejuk dengan lebih baik, malah mereka juga akan lambat terdedah kepada bahaya daripada sudut kesihatan yang lain.

Si bulus yang mempunyai kondisi perubatan tertentu berisiko dijangkiti hipotermia.

"Kucing yang menderita penyakit endokrin seperti hipertiroidisme tidak boleh keluar dalam cuaca sejuk kerana ia biasanya sensitif terhadap sejuk.

"Kucing dengan penyakit apa pun termasuk penyakit ginjal, jantung, barah dan lain-lain tidak boleh keluar daripada rumah dalam apa jua cuaca sekalipun," tambah Arpino.

image

Pemilik kucing seharusnya sedar dalam keadaan apa haiwan kesayangan mereka menunjukkan simptom kesejukan atau mengalami hipotermia.

Menurut Pet MD, tanda-tanda hipotermia meliputi kekeliruan, anak mata yang membesar, sukar bernafas, kekejangan otot, tekanan darah rendah, degupan jantung lambat, dan koma.

Jika kucing anda mengalami salah satu gejala hipotermia yang disebutkan di atas, segera berjumpa doktor haiwan berdekatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain