suria

Main Lego jadi terapi... Kini ada koleksi botanik, sesuai dijadikan hadiah Hari Ibu

'Koleksi Botanik' sesuai dijadikan hadiah buat orang tersayang

LEGO cukup terkenal sebagai permainan untuk kanak-kanak, namun koleksi terbaharunya boleh membuatkan golongan dewasa juga tersenyum lebar.

Terbaharu, jenama berkenaan memperkenalkan dua set koleksi botani yang membuatkan penggemarnya berasa teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: Bakar 30 minit, muncul mesej istimewa... Pemuda ini giat hasilkan lilin beraroma, ada pelanggan beli buat ‘gender reveal’

Dua model flora iaitu bunga orkid dan sukulen diperkenalkan dan ia cukup sesuai buat penggemar pokok hiasan atau menyerikan ruang hiasan dalaman dengan Lego.

Dua koleksi yang sangat menarik dihias di sudut ruang rumah.

Set orkid dan sukulen yang sangat sesuai dijadikan hiasan di sudut ruang rumah.

Untuk lari seketika daripada kesibukan kerja atau mengisi masa lapang, set ini cukup sesuai sebagai terapi sekali gus mengasah kreativiti peminatnya.

Sebanyak 73 peratus golongan dewasa mengatakan mereka seringkali meneroka cara baharu untuk menghilangkan tekanan dan 72 peratus pula menegaskan bahawa permainan dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Tidak hanya itu, koleksi terbaharu ini juga boleh dijadikan sebagai hadiah istimewa kepada orang tersayang apatah lagi sambutan Hari Ibu sudah hampir tiba.

LEGO® Botanical Collection - LEGO® Orchid 29

Perincian setiap bahagian lego yang dihasilkan dengan sangat teliti.

Koleksi Lego Orkid direka seakan-akan orkid sebenar berwarna merah jambu dengan kombinasi putih yang sangat menarik minat si pembeli.

Set ini mempunyai tarikan enam bunga besar yang memukau mata memandang, ditambahkan lagi dengan dua bunga kecil untuk melengkapkan rekaannya.

Ia dilengkapi dengan binaan pasu biru yang berjalur dan campuran kulit kayu yang diperbuat daripada elemen Lego.

Tentunya ia boleh dihiaskan di sudut ruang tamu rumah.

LEGO® Botanical Collection - LEGO® Succulents 9

Rekaan sukulen yang minimalis membolehkannya dihias secara berasingan ataupun sekali.

Menurut Ketua Rekaan The Lego Group, Michael Psiaki, mereka melihat perubahan bunga ini sepanjang musim dan terinspirasi daripada kejadian tersebut.

Jelas Michael, cabaran utama ketika menghasilkan set ini adalah untuk menyiapkan pot silinder yang disifatkan sebagai rumit dan mengambil masa.

Namun setelah siap, gabungan di antara blok Lego itu nanti dapat menghasilkan bunga yang cantik.

Selain Orkid, Sukulen juga merupakan Lego yang sesuai dijadikan hadiah.

Ia mempunyai sembilan sukulen di dalam bekas berasingan.

LEGO® Botanical Collection - LEGO® Succulents 24

Bermain lego merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Terdapat pelbagai jenis pokok dan juga kaktus yang boleh dibina dan dihubungkan bersama secara artistik dan boleh dihias secara berasingan di lokasi yang berlainan.

Set ini sangat mesra untuk digunakan dimana ia menyediakan tiga arahan binaan yang membolehkan anda meluangkan masa bersama kawan dan keluarga memasang sukulen ini.

Koleksi Botanik ini akan mula dijual pada 1 Mei ini bersempena dengan Hari Ibu dengan harga RM219.90.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain