suria

Kucing obses dengan manusia? Ada sebab mengapa si bulus asyik menempel dengan tuannya

Kebanyakan kucing terlalu selesa dengan tuannya sehingga selalu mengekori ke mana sahaja.

KUCING suka mengekori anda ke mana sahaja? Anda tidak keseorangan!

Kebanyakan kucing memang suka mengekori tuannya ke mana sahaja tetapi anda mungkin akan terkejut dengan alasan di sebalik sikap si bulus yang satu ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kucing pun tahu sejuk? Fahami simptom si bulus jika alami suhu badan turun mendadak

Jika si bulus sentiasa mengekori anda dari bilik tidur hingga ke bilik air dan memerhatikan gerak-geri anda dengan khusyuk, kita pasti akan berasa pelik.

Daripada sudut perilaku dan kesihatan kucing, apa dilakukan itu adalah normal dan terdapat penjelasan menarik tentang perangai pelik kucing tersebut.

do-cats-smile-header

1. Kucing gembira berada di sekeliling anda

Jangan gelisah! Kucing anda sangat menyayangi anda. Selepas tinggal bersama manusia dalam jangka masa yang lama, kucing membentuk kepercayaan dan keunikan untuk menjalankan hubungan bersama tuannya.

Si bulus gembira dapat menghabiskan masa dengan orang yang mereka sayangi iaitu tuannya. Mereka suka menyertai segala aktiviti dilakukan pemiliknya, lebih-lebih lagi pada waktu siang.

Jika anda perasan, kucing suka berada berdekatan anda ketika anda sedang berehat di atas sofa menonton rancangan kegemaran, memasak makan malam atau melakukan aktiviti mendobi.

Aktiviti ini lebih menarik untuk kucing anda berbanding melihat anda bermain telefon atau komputer riba.

My-Cat-Sits-Next-to-Me-But-Not-On-My-Lap

2. Kucing anda perlukan perhatian

Kucing yang berasa disisihkan akan lebih gemar menempel kerana inginkan perhatian daripada pemiliknya.

Ia akan sentiasa berusaha untuk menagih perhatian sehingga kehadirannya disedari. Jadi cuba curahkan kasih sayang kepadanya supaya ia tidak berasa terabai.

__opt__aboutcom__coeus__resources__content_migration__mnn__images__2017__02__cat-drinking-faucet-3f81cb6d1fbe4c7cb5884c1ca53bc2dd

3. Bau tuannya!

Bilik tidur atau bilik air mempunyai baunya yang tersendiri dan sedar atau tidak, deria bau kucing sangat sensitif, ia membuatkan kucing senang mengingatinya.

Bau yang 'familiar' itu membuatkan kucing berasa lebih selesa dan tenang. Malah ia tahu tempat itu adalah milik tuannya.

Tempat-tempat ini juga membuatkannya lebih seronok bermain dan tidur di atas katil pemiliknya.

CatNutrition

4. Kucing perlukan perubahan diet

Tidak mengejutkan andai kucing mengekori anda untuk berkomunikasi bahawa mereka perlukan sesuatu seperti makanan.

Kucing adalah binatang yang pandai berkomunikasi tetapi seperti budak-budak, mereka lebih suka untuk menjerit meminta sesuatu seperti kudapan sewaktu anda sedang menggunakan tandas.

Selain itu, kucing akan mengekori tuannya kerana berasa tidak puas hati dengan makanan diberikan.

Ini adalah salah satu petanda ia perlukan perubahan dalam dietnya. Jadi berikan perhatian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain