suria

Rebut peluang dekati khazanah P.Ramlee, Saloma dalam pameran ‘Aku, Dia dan Lagu’ di Fahrenheit88

Pameran Aku, Dia dan Lagu akan berlangsung sehingga 16 Mei depan di Fahrenheit88.

SIAPA tidak kenal dengan dua bintang seni terulung negara iaitu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Puan Sri Saloma yang cukup ikonik dalam bidang seni perfileman serta muzik tanah air suatu ketika dahulu.

Sumbangan kedua-dua anak seni ini mencipta pelbagai nostalgia sehinggakan lagu dan filem lakonan mereka masih ditonton sehingga kini malah nama mereka turut meniti di bibir anak-anak muda.

ARTIKEL BERKAITAN: Shopping sambil cuci mata dan berhibur! The LINC KL meriah habis sepanjang Ramadan, Syawal

Dalam usaha memperkenalkan biduan dan biduanita itu kepada generasi muda, pusat beli-belah Fahrenheit88 tampil dengan program Raya Melodies yang menampilkan sejarah dan legasi P. Ramlee dan Saloma.

IMG_3779

Galeri ini mendapat kerjasama Arkib Negara Malaysia.

Menjengah masuk ke ruang legar tingat bawah Fahrenheit88, pengunjung akan terus dapat melihat poster P. Ramlee yang gah selain beberapa barangan peribadi milik Allahyarham dipamerkan di kawasan itu berserta info mengenainya.

Replika beca yang digunakan dalam filem pertama arahannya, Penarik Becha turut dipamerkan selain beberapa barangan lain seperti kamera dan alatan muzik miliknya dipamerkan.

Berkolaborasi dengan Arkib Negara Malaysia, Fahrenheit88 turut mengadakan sebuah pameran khas buat dua legenda itu - Aku, Dia dan Lagu di tingkat dua bangunan sama yang membolehkan peminat melihat dengan lebih dekat koleksi peribadi pasangan itu dengan lebih dekat.

Antara barangan milik P. Ramlee yang dipamerkan adalah seperti pakaian yang digunakan dalam beberapa filem lakonannya, mesin taip P. Ramlee menulis lirik, nota tulisan asalnya dan sebagainya.

IMG_3788

Koleksi pakaian milik Saloma.

Paling mendapat perhatian adalah koleksi pakaian peribadi Saloma yang cukup mengagumkan malah masih berada dalam keadaan baik.

Ia adalah pengalaman yang menakjubkan dapat melihat dengan mata sendiri koleksi peribadi kedua-dua bintang terkenal itu.

Pameran itu akan berlangsung sehingga 16 Mei depan.

Sementara itu, naikkan mood raya anda dengan berjalan-jalan ke Craft Market di Ground Atrium yang menyaksikan pusat beli-belah itu berkolaborasi dengan Kraftangan Malaysia dengan mempamerkan pelbagai barangan berasaskan batik, rotan, aksesori dan sebagainya.

IMG_3763

Craft Market juga turut diadakan di bahagian Ground Atrium.

Tidak hanya membeli persiapan raya, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai permainan tradisional seperti congkak selain mencanting batik.

Sepanjang program itu, pengunjung akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan, bengkel mencanting batik, pembuatan gelang manik, mewarna seramik dan sebagainya.

Selain bazar Craft Market, Fahrenheit88 juga menawarkan pelbagai jenama seperti Brands Outlet, Daiso, Emrusa, Feith, Kronoz, MR.DIY dan Uniqlo selain restoran untuk berbuka puasa seperti Al-Amar dan Koryo Won.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain